in

Bangkai & Mayat Penumpang Pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia Ditemui

AirAsia Indonesia dengan dukacitanya memaklumkan bahawa Badan SAR Nasional Republik Indonesia (BASARNAS) telah mengesahkan puing yang ditemui awal hari ini ialah daripada QZ8501, penerbangan yang telah terputus hubungan dengan pengawal trafik udara pada pagi 28 Disember 2014.

Puing daripada pesawat tersebut telah ditemui di Selat Karimata, kira-kira 110 batu nautika tenggara Pangkalan Bun.

Pesawat tersebut merupakan sebuah Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. Terdapat 155 penumpang dalam penerbangan, di mana 137 adalah penumpang dewasa, 17 kanak-kanak dan 1 bayi. Turut berada dalam penerbangan adalah 2 juruterbang, 4 anak kapal dan seorang jurutera.

Pada ketika ini, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan dan penyiasatan lanjut terhadap puing yang ditemui di lokasi masih lagi berlangsung. Kakitangan AirAsia Indonesia telah dihantar ke lokasi dan akan berkerjasama dengan BASARNAS, Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) dan pihak berkuasa yang berkenaan dalam penyiasatan.

Sunu Widyatmoko, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia berkata: “Kami berada di sini pada hari ini dengan perasaan yang sedih disebabkan keadaan yang tragis ini. Kami dengan ikhlas ingin menghulurkan simpati kepada keluarga dan sahabat handai mereka yang berada dalam penerbangan QZ8501. Kami juga menghulurkan simpati kepada keluarga para kakitangan kami.”

Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata: “Saya berasa amat dukacita. Ini merupakan saat yang paling sukar buat kami di AirAsia di mana kami menunggu perkembangan lanjut operasi mencari dan menyelamat, namun keutamaan kami pada masa ini adalah memastikan kesejahteraan ahli keluarga mereka yang berada dalam penerbangan QZ8501.”

AirAsia Indonesia akan menjemput ahli keluarga ke Surabaya, di mana pasukan penyedia penjagaan yang khusus akan ditugaskan kepada setiap keluarga bagi memastikan segala keperluan dipenuhi. Kaunselor, ahli keagamaan dan kerohanian juga telah dijemput ke pusat keluarga bagi menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.

Maklumat lanjut akan disalurkan sebaik sahaja ia didapati. Sebuah pusat panggilan kecemasan telah ditubuhkan bagi ahli keluarga mendapatkan maklumat. Ahli keluarga penumpang QZ8501, sila hubungi:

Malaysia: +60 3 21795959
Indonesia: +62 2129270811
Singapore: +65 63077688
Korea: 007 98142069940

Ingatan dan doa kami ditujukan kepada keluarga dan sahabat handai para penumpang dan kakitangan kami dalam penerbangan QZ8501.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza, Awie & Amy Search di Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta

Siaran Langsung Konsert Akhir Gegar Vaganza