in , ,

Bandingkan diri dengan Mamat Khalid, Sekali Warganet Tampil Bidas Kenyataan Aziz M Osman

Kehilangan pengarah terkenal, Allahyarham Mamat Khalid masih dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi para penggiat seni tanah air serta peminat filem tanahair.

Hasil karya sutradara yang terkenal dengan filem berbentuk komedi dan sinikal ini pasti akan dirindukan kita semua. Hal yang sama turut yang dirasakan oleh pengarah, Aziz M Osman menerusi tweet terbarunya di laman twitter peribadinya.

“Mat, aku tak akan boleh jadi macam kau #mamatkhaliddalamkenangan”

– Aziz M Osman

Seperti yang dilaporkan oleh Getaran MY, Aziz antara sutradara tempatan yang rapat dengan Mamat malah persahabatan mereka di antara mereka mula terjalin sejak era 90-an. Ketika itu Aziz bertugas di syarikat produksi Nizarman Sdn Bhd.

Aziz Ada Niche Sendiri

Walaubagaimanapun, kenyataan yang dikongsikan oleh Aziz ini telah dibidas oleh para warganet di laman twitter. Rata-rata mereka tidak bersetuju dan menganggap Aziz dan Allahyarham Mamat Khalid memiliki kelebihan masing-masing. “Uncle Aziz dalam kategori sendiri, ada niche sendiri, ada legasi sendiri, ada peminat sendiri. Sama dengan Pak Mamat, Uncle Aziz pun dah banyak keluarkan filem hebat. Sama2 bagi sumbangan banyak dekat perfileman Malaysia Teruskan ke depan Uncle”- tulis akaun @_mrishaq

Kedua-Duanya Sama Hebat

Dalam pada itu, seorang warganet merasakan kedua-dua pengarah ini sama-sama hebat dan memiliki hasil kerja yang menakjubkan. “Sejujurnya anda sama-sama hebat. Awak dan Mamat Khalid telah menggembirakan saya dan ayah saya. Tanpa anda, Mamat Khalid dan Yasmin Ahmad, saya tidak tahu sama ada saya akan menonton filem buatan Malaysia atau tidak. Jadi terima kasih banyak atas kerja-kerja anda yang menakjubkan!”- tulis pengguna twitter dengan akaun @justmoomin.

Berharap Legasi 4rwh Dapat Diteruskan

Tak kurang juga yang berharap Aziz dapat meneruskan legasi Allahyarham Mamat Khalid dengan membawa kisah-kisah rakyat ke layar perak. “Dia satu, tiada duanya. Itu tentu. Tapi, bagi kami, abang penerus legasi 4rwh yang sesuai untuk bawa kisah-kisah rakyat ke skrin TV dan layar perak.” tulis akaun twitter @Mr_Dixxy. Nampaknya begitu ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Aziz disaat dia kehilangan orang yang tersayang. Difahamkan Aziz sempat bersama Allahyarham Mamat Khalid di saat-saat akhir di hospital. Malah dia berpeluang mengucapkan selamat tinggal kepada 4rwh dalam momen yang sangat intim. “Saya rasa tenang kerana saya dapat meluangkan detik-detik terakhir saya dengan 4rwh di hospital. Saya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada Mamat dalam momen yang sangat intim,” katanya kepada Getaran MY. Sumber : Getaran My

Ulang Ulang Ayat Yang Sama, Azman Naim Dedah Pesanan Terakhir Dari Mamat Khalid

Dukacita dimaklumkan bahawa Mamat Khalid telah pergi buat selamanya sebentar tadi di Hospital Slim River. Jasad akan dibawa pulang ke ipoh untuk disemadikan. Semoga dipermudahkan urusan beliau dan diampunkan dosa2. Semoga roh 4rwh akan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Punca awal dikenal pasti kerana sakit jantung. Jasa beliau dalam bidang perfileman amat dihargai lebih-lebih lagi dalam memperkenalkan watak Pembantu Perubatan dalam filem-filem arahan beliau.

Memetik perkongsian Facebook Yop4ever.com pula, pengarah yang cukup terkenal dengan filem Hantu Kak Limah itu mengalami sakit jantung sebelum jatuh. Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 pagi tadi.

Khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia. Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan pergi buat selamanya.

“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan pergi buat selamanya. Maklumat awal yang kami dapat, jasad Allahyarham akan diuruskan di Ipoh esok,” katanya. Dalam pada itu Azman Naim yang terkenal dengan lagu parodi di media sosial, tampil berkongsi antara pesanan dan kenangan sepanjang berjumpa dengan Mamat Khalid

“Gambar Terakhir Bersama. Allah temukan, Allah juga Pisahkan. Gambar ni special. Sebab asalnya saya nak mintak izin balik Johor (sebab dah habis scene saya) Tapi kena tahan dengan abg Mamat almost 4 jam. “Tak Rugged la Balik” ulang2 dia cakap.

Pada waktu ini, dia luah macam2 pada saya berkaitan Seni, Sejarah, Politik dalam alam Melayu dari zaman dulu hingga sekarang. Konklusinya, “We need to make a dent (dalam Industri Seni). Jangan cakap saja, tapi buat dan terus buat”

Dan pelbagai Nasihat yang sebenarnya saya agak pelik dia beri saya pada waktu itu. Sehari sebelum tu dia ada cakap

“Kau ada Flare” ulang2 dia cakap masa makan dengan dia. Saya pun pening apa benda tu Flare. “Flare bukan fotogenik, lain. Tapi filem, movie, camera suka kau. Senang tangkap” dia kata. Saya lagi la makin pening.

Alhamdulillah saya sempat bersama seorang seniman agung alam melayu zaman ini. Di mana hasil seninya bukan sekadar seni semata. Yang Peka akan faham. Mengapa saya terima terus lamaran Abg Mamat Khalid sedangkan ramai lagi sebenarnya director dan producer yang approach saya? Salah satunya adalah kerana Abg Mamat nak watak Gerhana tu 100% diri saya, tapi muda 10-20 tahun. Darah Muda, Ganas, Kasar, Unpredictable, Knowledgeable, Curious dan Rebel. Hanya tukar nama Azman kepada Gerhana, dan jadi lebih muda. Saya jadi kekal macam diri saya so outcomenya natural.

Dia bijak meletakkan seseorang di tempat yang paling sesuai. Terlalu banyak yang dia kongsi sepanjang saya bersama dia walaupun dalam waktu yang singkat. Insyallah sampai masa saya huraikan.

Kami sebenarnya dah prepare untuk shoot “Kampung Pisang berbuah 2 kali” 29hb oktober ini. Kalau ikut katanya, saya akan diberi lead role dalam filem tu. My Debut as Gerhana, adik cik Purnama. Dari awal saya dah tanya abg mamat : ” Bos, nampak mcm movie kali ni spotlight byk kat saya. Is it worth it? Sbb sy orang baru. X pernah ada movie lansung. Boleh pegi ke cite tu nnt? Risau xda org tgok sbb sy ni tak popular ”

Dia jawab simple: “Kita buat dia” Itu exact words dia. Kali terakhir abg mamat hubungi saya adalah pada 21hb

”U gonna sing this song -kehebatan cinta Jamal Abdillah & Francesca Peter (untuk Kg Pisang Berbuah 2 kali). Masuk Studio 30th Oct. Saya akan berduet dgn female partner saya dlm movie tu. Siapa? Yang tu tunggu orang yang berkenaan sendiri mengaku.

Dia sempat kongsikan gambar rumah saya sebagai Gerhana dari lokasi shooting dalam grup wasap kami Seni sebagai Alat membuka Minda. Bukan sekadar hiburan semata. Sebab tu saya mudah “masuk” dgn abg mamat khalid.

“Tak kira kau niaga atau dalam bidang biz kau ke, atau kau dalam seni, teruskan Keikhlasan dan Kejujuran bila buat sesuatu. Be Yourself” itu antara nasihat dia. Kita Kehilangan. Tu je saya nak cakap buat masa ni. Al fatihah. Mamat Khalid in Memories. Gerhana. Mohd Nur Azman Naim @azmannaim44.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAEL

Kael Finalis Lagu Cinta Kita 2 Tampil Dengan Lagu ‘CINTA JATUH’

dUCk Reveals its Biggest Flagship Store with Unique In-store Experience