Le Mirch dengan bangganya mempersembahkan “Sanam Live in Malaysia†dengan anjuran Hitman Solutions. Band terkenal di dunia digital dari India, Sanam Band mempersonakan peminat di malam yang penuh sayhdu dengan gabungan lagu-lagu klassic dan pop hit Bollywood terdahulu termasuk lagu original band tersebut di Istana Budaya malam semalam.
Band yang terkenal dengan nyanyian cover lagu klasik Bollywood itu terdiri daripada empat jejaka kacak iaitu Sanam Puri, Samar Puri, Venky S and Keshav Dhanraj mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia malam tadi. Peminat Sanam melebalkan mereka sebagai penyanyi cover terbaik di abad ini dengan memberikan nafas baharu ke atas lagu-lagu klasik kesukaan ramai.
Pada majlis Press Luncheon bersama band Sanam di Le Mirch Avenue K, Encik Rohit Rampal, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions berkata, “Kami amat teruja untuk menganjurkan konsert Bollywood pertama di tahun 2023 bersama Sanam, band yang saya pasti dapat menangi hati semua peminat Bollywood yang hadir di konsert mereka malam ini.
Siapa sangka, lagu-lagu yang didengari oleh ibu bapa kita ketika membesar boleh dinyanyikan semula dengan nafas baharu, namun masih di terima baik oleh mereka dan generasi kita. Saya terpukau melihat bagaimana muzik Sanam boleh menggabungkan semua lapisan masyarakat bersama.â€
Persembahan penuh jiwa Sanam selama hampir dua jam dengan lagu-lagu kesukaan ramai telah menghiburkan peminat untuk menari dan menyanyi bersama-sama. Peminat bukan sahaja dari Malaysia namum dari negara-negara jiran turut hadir untuk melihat band kesukaan mereka membuat persembahan secara live.
Tambah Encik Rohit lagi, “Walaupun kami sudah mula melebarkan sayap dalam penganjuran konsert genre berlainan namun saya masih berasa teruja untuk menganjurkan konsert Bollywood dan melihat peminat-peminat masih memberi sokongan untuk hadir ke konsert ini. Saya juga ingin mengambil peluang untuk berterima kasih dengan rakan-rakan penganjur, Le Mirch (Penaja Utama), Sunway Putra Hotel (Rakan Hotel), Milestone Entertainment & Clifftop Group Asia (Sokongan), Varnam Malaysia (Rakan Media) and D’Mart Travel and Tours (Rakan Pengangkutan).â€
Apabila ditanya apakah perancangan Hitman Solutions seterusnya, Encik Rohit berkata, “Kami dalam perancangan untuk melancarakan festival pertama kami PINKFISH Music & Arts Festival. Nantikan maklumat lanjut dan anda boleh ikuti perkembangan kami di Instagram dan Facebook.â€