in , ,

Band Cokelat Bikin Konsert di Zepp Kuala Lumpur Pada 7 September Ini

Band Cokelat, antara pemuzik terbaik yang dimiliki industri hiburan Indonesia. Deretan album dan lagu popular mereka berjaya meletakkan band asal Bandung ini sentiasa segar dalam ingatan peminat. Kali ini bakal kembali mengubati kerinduan peminat mereka di Malaysia!

Band yang dianggotai oleh Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) mengambil keputusan untuk ‘berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022 menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022. Kembalinya mereka adalah satu detik yang amat dinantikan dan diraikan oleh peminat setia.

Melalui media sosial, mereka memuat naik hantaran video yang mengumumkan kembalinya Kikan dan Ervin ke pangkuan band. Berita itu menjadi khabar gembira buat seluruh peminat Cokelat yang merindukan formasi terbaik band ini.

Band Cokelat Bakal Bikin Konsert di Zepp Kuala Lumpur Pada 7 September Ini

Kini, Cokelat kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert yang dinanti-nantikan pada 7 September 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Kikan, mewakili Cokelat, menyatakan bahawa kali terakhir mereka membuat persembahan di Malaysia adalah 14 tahun yang lalu. Ia adalah satu tempoh yang lama, dan mereka berharap persembahan kali ini dapat mengubat rindu peminat-peminat setia.

“Seperti semua tahu, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas. Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat setia. Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat di Malaysia.”

– Kikan

Beliau turut menambah bahawa Malaysia sudah dianggap seperti rumah kedua bagi Cokelat.

Band Cokelat Bakal Bikin Konsert di Zepp Kuala Lumpur Pada 7 September Ini

Sementara itu, Pengarah Tanjak Global Services, Rosden Rahmat, selaku penganjur konsert menyatakan bahawa persembahan ini adalah kejutan dan hadiah buat peminat Cokelat. Tanjak Global Services ingin menawarkan kepelbagaian dan pilihan konsert hiburan yang berlainan buat rakyat Malaysia, bukan sekadar menjemput artis atau band yang sama pada setiap tahun.

Rosden Rahmat turut menyatakan bahawa ahli kumpulan Cokelat secara peribadi sangat rapat dengan Malaysia dan teruja untuk bekerjasama lagi di masa akan datang.

“Berita baik buat peminat Cokelat juga yang mana, kedua-dua pihak sudah berbincang untuk berkolaborasi dalam beberapa perancangan dan program yang sudah disusun,” katanya.

Band Cokelat Bakal Bikin Konsert di Zepp Kuala Lumpur Pada 7 September Ini

Antara lagu-lagu popular Cokelat termasuk Karma, Segitiga, Luka Lama, Ku Pilih Dia, Pergi, Jauh dan banyak lagi. Tiket konsert juga ditawarkan dalam beberapa kategori, antaranya Karma RM189 (Rockzone Standing), Segitiga RM159 (Premium Standing), Luka Lama RM139 (Free Standing), Jauh RM285 (Premium Seating), Pergi RM235 (Standard Seating) dan VIP RM380 (PER PAX) (8 PAX PER ROOM) boleh didapati menerusi https://tanjak_cokelat.ubertickets.asia.

Konsert ini menjanjikan malam yang penuh nostalgia dan hiburan buat semua peminat setia Cokelat. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat mereka!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Aishwarya Rai, Chef Wan Mohon Maaf, Tiada Niat Hina Agama Lain

Shopee dan Peniaga SME Lancar #ShopeeHaul Bagi Perkasa Wanita Malaysia