Difahamkan, Afiq tidak memberi nafkah kepada isterinya antara 2021 hingga Oktober 2022. Peguam syarie, Suriati Ab Ghani yang mewakili Pachara berkata, anak guamnya sudah memfailkan perceraian secara baik pada 26 Ogos tahun lalu.
Dalam pada itu, peguam syarie tersebut turut memaklumkan mahkamah bahawa Afiq tidak pernah hadir atau memberi maklum balas terhadap permohonan anak guam meskipun penyampaian melalui iklan sudah dibuat.
Mahkamah telah menetapkan 6 April depan untuk prosiding seterusnya. Atas tuntutan ini, ramai netizen ‘serang’ Instagram Afiq Muiz ketika dia ada muat naik satu gambar semalam.
Dalam perkongsian foto yang dimuat naik oleh Afiq, ruangan komen dibanjiri dengan kecaman, kritikan dan sindiran netizen. Enggan mendiamkan diri, Afiq ada membalas komen-komen netizen dengen membuat satu pendedahan terhadap isterinya itu.
Antara respon yang diberikan oleh Afiq adalah, dia menyatakan bahawa sukar untuk buat keputusan apabila diduakan. Afiq dakwa isterinya itu curang, pulang rumah lewat dan minum arak. Dalam pada itu, Afiq juga jawab dakwaan isterinya dipukul olehnya itu adalah fitnah semata-mata.
Bagaimanapun, ruangan komen kini telah dihadkan.. Untuk rujukan, Pachara yang berasal dari Ranau, Sabah memuat naik kenyataan dalam Facebook dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki dan jarinya patah.
Kenyataan tersebut mendapat komen balas adik Afiq, Aishah Azman yang bengang dengan tindakan Pachara membuat kenyataan palsu dalam media sosial dan Afiq sendiri membuat laporan polis berhubung dakwaan isterinya yang dianggap fitnah dan menyerahkan hal ini kepada peguam.