Di antara pantai peranginan yang sering menjadi tumpuan di Indonesia sudah tentulah Bali. Dengan adanya penerbangan langsung dari Kuala Lumpur ke Bali dengan menaiki pelbagai pesawat tambang rendah, makin ramai rakyat Malaysia yang membanjiri Bali.
Seperti yang ramai ketahui, Bali terletak tidak berapa jauh Malaysia (kurang dari tiga jam penerbangan dari Kuala Lumpur) dan merupakan salah satu destinasi percutian paling popular di dunia.
Selain daripada pantai-pantainya yang hebat, kota ini juga terkenal dengan tarikan-tarikan keluarga yang lain (di samping kehidupan malamnya yang sangat popular di kalangan pelancong asing).
Bali Dynasty Resort : Penginapan Selesa dan Lokasi Strategik buat seisi keluarga di Bali!
[dropcap]J[/dropcap]ika tercari-cari tempat untuk menginap, pastikan Bali Dynasty Resort menjadi pilihan utama anda. Hotel yang terletak di tepi pantai ini sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik. Terletak di salah satu jalan utama dan paling popular di Jalan Kartika di Kuta, kedudukan hotel ini sangat strategik kerana ia berada di permulaan jalan yang sangat terkenal ini.
[pullquote align=“leftâ€]Selain berjirankan hotel-hotel ternama yang lain, di sepanjang jalan Kartika ini terdapat aneka restoran, pusat membeli-belah dan ajnas pusat-pusat hiburan ternama.[/pullquote]
Dilengkapi dengan aneka pilihan sebanyak 313 jenis bilik-bilik selesa menghadap lautan dan taman, hotel ini juga mempunyai bilik-bilik istimewa khas buat keluarga (yang lengkap dengan katil bertingkat untuk anak-anak) selain katil utama untuk orang dewasa. Malah disertakan juga unit kediaman berupa Luxury Tent Villa atau Vila Khemah mewah yang sesuai untuk bulan madu! Kemudahan-kemudahan ini membuatkan para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing.
Sekiranya tidak mahu mencecahkan kaki ke dalam lautan, apa kata berenang sahaja di dalam salah satu daripada tiga kolam renang mereka yang luas tersedia sambil menikmati minuman di sebelahnya. Malah terdapat kolam renang kanak-kanak yang dilengkapi dengan taman permainannya serta gelongsor airnya sendiri! Jika malas berenang, para tamu juga boleh berjalan-jalan di taman hotel ini yang sangat indah dan menenangkan.
Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apa kata anda singgah di Sen5es, restoran mereka yang menghidangkan pelbagai menu tempatan serta antarabangsa yang menarik. Para pengunjung juga boleh mencuba sajian di beberapa tempat makan lain seperti Restoran H20 yang mempunyai The Upper Deck @ H20 untuk menikmati pemandangan, Golden Lotus (masakan Cina), Cafe Piazza, Gracie Kelly’s, Sunken Bar, Sunset Bar (untuk menikmati pemandangan matahari terbenam) dan juga D Lounge.
Mereka juga prihatin terhadap jumlah pengunjung yang beragama Islam, jadi makanan yang berunsur sayuran dan halal juga ada diasingkan dengan makanan yang mempunyai daging tidak halal di ruang makan. Malah terdapat juga restoran India yang menyajikan sajian halal India iaitu Queens of India.
Buat penganjuran majlis dan acara, terdapat juga dewan dan ruangan khas buat acara tertentu yang lain. Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium atau mengunjungi Ashoka spa mereka untuk memanjakan diri.
Tempat-tempat menarik Bali yang sering menjadi tumpuan pelancong juga tidak terlalu jauh dari hotel ini. Malah dari hotel ini tidak terlalu jauh untuk menuju ke taman permainan air Waterbom, pusat membeli-belah Lippo Mall serta Discovery Shopping Mall.
Pendek kata hotel ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik sekitar kurang daripada 20 minit sahaja dari Lapangan Terbang Ngurah Rai serta suasana tenang di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini! Untuk keterangan lanjut layari http://bdr.pphotels.com
Bali Dynasty Resort : Penginapan Selesa dan Lokasi Strategik buat seisi keluarga di Bali!
oleh Shah Shamshiri