Menyiarkan barisan telefilem-telefilem tempatan mutakhir, slot Panggung Ahad di TV1 bukanlah asing lagi kepada penonton setia saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Bersiaran pada setiap Ahad, pukul 10.30 pagi, pelbagai genre drama dengan plot menarik dipertontonkan kepada anda seisi keluarga. Ada kisah suka, sedih, komedi namun sarat dengan pengajaran berguna yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita dikongsikan dalam slot ini.
Nazeera Sardi Serlah Bakat Nyanyian Dalam Slot Panggung Ahad, Telefilem “Siti Oh Siti†di TV1
[dropcap]T[/dropcap]erbaharu pada 25 September ini, pukul 10.30 pagi di TV1, slot sama menyiarkan telefilem bertajuk “Siti Oh Siti†arahan Roslan Hussin yang membariskan pelakon berpengalaman Zul Huzaimy Marzuki membawakan watak utama sebagai Rees di samping Nazeera Sardi menghidupkan peranan Siti yang turut dibantu pelakon Adam Shahz (Atan), Kazar (Pak Borhan) dan Najua P. Ramlee (Onnie).
Menerusi telefilem ini, pelakon Nazeera Sardi yang mula meniti nama dan menyerlah bakatnya dalam bidang lakonan diberikan peluang menghidupkan watak gadis kampung yang memiliki suara ‘emas’ namun tidak berpeluang melebarkan sayapnya sebagai penyanyi.
Kisahnya berkembang dengan kemunculan watak Rees, seorang eksekutif rakaman yang cuba mendapatkan penyanyi bernama Siti Saadiah sebagai artis syarikat rakamannya setelah kehilangan artis kepada saingan. Kerana salah sangka, Rees menghadapi beberapa kekecohan sebelum dia sedar Siti adalah penyanyi yang sebenar dan bukan Oonie.
Atan, ketua kugiran di kampung juga mekanik kampung cuba menghalang Rees daripada bertemu dengan Siti, kerana menganggap Siti Saadiah sebagai teman wanitanya.
Rees terpaksa berjaga-jaga kerana Atan juga yang akan membaiki keretanya Pak Borhan yang di kenali M Daud Kilau Kampung Peramah perasan yang dia berbakat dan ingin juga kontrak rakaman.
Oonie pula menyangka Rees menaruh hati padanya, tidak sedar yang Rees hanya berbaik dengannya kerana dia ingin Oonie bernaung dengan syarikat rakamannya. Rees menghadapi masalah memujuk Siti menandatangani kontrak setelah Rees mengecewakan Oonie apabila dia sedar Oonie tidak boleh menyanyi.
Untuk mengetahui kesudahannya pastikan anda meluangkan masa menyaksikan “Siti Oh Siti†hingga ke penghujung.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.