Menerusi satu video rancangan bual bicara Hard2Heart yang dihoskan oleh Datuk Aznik Haji Nawawi, pelakon Sharifah Sakinah berkongsikan mengenai masalah kesihatannya dan bakal berpindah ke luar negara.
Menurut Sakinah, masalah yang telah dialami sejak beberapa tahun iaitu penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD kini agak teruk dan perlu menjalani rawatan khusus.
Sakinah memberitahu dia akan menetap di luar negara bagi menjalani rawatan penyakit yang dihidapinya. Sakinah turut memohon maaf serta berharap semua pihak memahami masalah kesihatan mental yang dihidapinya.
“Saya minta maaf sangat-sangat, saya nak anda semua faham yang kesihatan mental saya semakin teruk ketika ini.â€
“Sebab itu saya merancang untuk tidak tinggal di Malaysia dan saya akan berpindah ke luar negara selepas ini,â€
– Sharifah Sakinah
Dalam pada itu, Sakinah turut memaklumkan dia akan berehat seketika daripada dunia lakonan dan ingin memberi tumpuan kepada keluarga selepas drama terakhir lakonannya Aku Yang Kau Gelar Isteri tamat Isnin lalu.
Terdahulu, Sakiah mengumumkan sudah pun bertunang dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen dan akan berkahwin pada Mei depan.