Seperti biasa, sebelum bergelar isteri pasti akan ada sambutan yang dilakukan oleh rakan-rakan terdekat yang mahu meraikan momen gembira itu bersama.
Semalam, pelakon drama Cindai itu memuat naik satu foto di laman Instagram memaparkan dia sedang diraikan sebelum menamatkan zaman bujang dengan dipenuhi belon-belon serta perhiasan.
Dapat dilihat, pemilik nama Nur Suhada Jebat ini sedang memegang sebuah kek dan memakai selempang yang bertulis ‘bride to be’.
Selain itu, Ayda juga memberitahu dia begitu sibuk dengan pelbagai persiapan menjelang hari bahagia sehingga tidak sempat untuk membalas pesanan mesej daripada kenalannya.
“Thank you guys for the surprise! Awww! Sorry mana yang saya tak sempat nak reply whatsapp for now busy sampai tidur pun kadang satu jam je. Doakan yang baik-baik for me dan @nabilmahir. Amin,” corentnya di kapsyen.
Perkongsian momen indah yang dikongsi pelakon berusia 28 tahun itu disambut baik oleh netizen yang rata-rata turut sama mendoakan agar segala dipermudahkan untuk hari esok selain mengucapkan tahniah.
Setelah hampir sembilan bulan mengikat tali pertunangan, mereka mengambil keputusan untuk bernikah esok. Tahniah diucapkan buat kedua-dua pasangan romantis ini. Semoga sampai ke syurga!