Menerusi video, Syazwan, 35, memaklumkan berkemungkinan besar akan beraya dengan bekas tunangnya untuk tahun ini.
Tambahnya, hubungan dengan bekas tunangnya masih dalam keadaan baik walaupun sudah putus.
Saya duduk dekat rumah je (ketika raya), tunggu orang datang.
– SYAZWAN
Tapu mungkin bekas tunang saya ikut sekali kot kali ini. Keluarga dia dah meninggal dunia sebab Covid-19.
Asalnya kami kawan kan, jadinya mak saya dah kenal dia (bekas tunang).
Walau bagaimanapun, penampilan bintang drama ‘7 Hari Mencintaimu’ itu menjadi bualan netizen yang dilihat bertindik dan memakai aksesori rantai.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen menyamakan dirinya dengan penyanyi antarabangsa, Sam Smith. Selain itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan ‘imejnya’ yang sudah berbeza.