Sebelum ini, aktiviti yang melibatkan ramai penonton dianjurkan di mana-mana. Kini, tidak lagi. Aktiviti yang tidak mengamalkan penjarakan fizikal dengan tertib menjadi punca jangkitan besar-besaran. Contohnya pilihanraya, bukan sahaja di negara kita sendiri seperti di Sabah tempoh hari, malahan di Amerika juga baru-baru ini.
Kesedaran tentang bahaya berkumpul beramai-ramai ini menjadikan banyak event atau upacara pelancaran oleh syarikat-syarikat besar juga berubah wajah. Dahulu, Apple melancarkan produk terbaru mereka secara besar-besaran dengan kehadiran reviewer, vlogger, pemain pasaran, dan selebriti. Kini, mereka membuat pelancaran di alam maya.
Kaedah virtual ini telah digunapakai banyak lagi syarikat-syarikat multinasional lain. Mari kita lihat beberapa jenama yang telah menggunakan kaedah virtual untuk melancarkan keluaran terbaru mereka.
Memang hebat jika kita lihat cara brand-brand besar ni buat virtual launching. Tapi, tanpa kita sedari, ada sebuah syarikat anak watan kita yang pernah menganjurkan satu product launching setanding brand-brand hebat tadi.
Siapa pernah dengar tentang NCIG? Haa, untuk pengetahuan korang, tahun lepas NCIG telah menganjurkan satu event yang dipanggil NSummit2 bagi melancarkan dua produk mereka iaitu NCIG V2 dan NPOD V2. Event ini telah mendapat sambutan yang teramat dahsyat dan orang mula bandingkan kehebatannya dengan event-event yang dianjurkan Apple.
NSummit2 bukan sekadar launch produk, tapi ada juga conference yang mana panelisnya telah dibawa khas dari Greece dan Indonesia. Siap ada LED screen 90 kaki! Mereka juga membina satu pavilion tertutup di mana didalamnya disediakan segala jenis info tentang bahaya merokok. Bukan tu je, yang dahsyatnya mereka ada bina satu replica NStore yang teramat besar di dalam dewan.
Hampir 9000 orang hadir dan keesokkan harinya, mereka bersama-sama menonton konsert yang membariskan artis-artis hebat seperti Ella, K-Clique, Hujan, Gerhana Ska Cinta, Bunkface dan macam-macam lagi dengan harga tiket serendah RM30 sahaja. Kalau nak tahu macam mana feel NSummit2, ni ada video khas untuk anda.
Jom Saksikan NSummit3 Anjuran NCIG secara Live Pada 28 November Ini
Best kan? Haa, kami ada satu berita gembira untuk anda. Bulan ini, NCIG akan menganjurkan NSummit3 pula pada hari Sabtu 8 malam, 28 November, 2020. Yang paling menarik ialah, ianya akan diadakan secara virtual Live From Tampin. So, korang semua tak payah bersusah payah nak pilih baju, bersiap-siap semua.
Boleh duduk di rumah, pakai kain pelikat kain batik, goreng cekodok dan tonton NSummit3 secara Live di Facebook atau Youtube. Kalau tengok track record NCIG ni buat event, korang percayalah, pasti gempak setanding Apple dan Samsung! So, save the date, dan jom tonton sama-sama. Klik SINI: https://kliksini.my/nsummit3-budiey