in

Bagaimana Membudayakan Filem Malaysia?

Bagaimana Membudayakan Filem Malaysia?

Bila memperkatakan mengenai filem dari negara luar contohnya dari Thailand, kita melihat bagaimana penonton mereka begitu menyokong produk filem keluaran negara sendiri, inilah yang dikatakan membudayakan filem di kalangan penonton.

Tetapi, di Malaysia, perkara sebaliknya berlaku. Penonton di sini lebih berminat menonton produk-produk dari luar berbanding tempatan. Jadi, bagaimana caranya untuk kita membudayakan masyarakat Malaysia supaya menyokong hasil keluaran tempatan.

Bagi Martias, dia menjelaskan, “Semua ini perlu bermula dari bawah. Kita perlu mendidik supaya masyarakat perlu menghargai produk tempatan, bukan sahaja filem, tetapi produk-produk yang lain. Jika kita tidak lakukan sebegini, maka, masalah ini akan berterusan sampai bila-bila.”

“Selain itu kita lihat bagaimana di Thailand, semua produk filem dari luar perlu dialih bahasa ke bahasa Thai. Selain dari kawalan kemasukan bagi filem dari luar. Inilah budaya yang kita hendak. Jika kita mengambil tindakan seperti ini, pasti industri filem kita akan berkembang pesat.”

“Namun, budaya perlu dipupuk secara perlahan-lahan. Tidak boleh dibuat tergesa-gesa. Biarlah ambik masa sehingga sepuluh tahun pun, asalkan berhasil,” tambah Martias lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DOKUMENTARI KHAS HARI WANITA : KASIHNYA IBU

WARTA SERUMPUN JAMBATAN MALAYSIA-INDONESIA