in

#BADLABBILLBOARDS Papan Iklan Tak Pernah Segempak Ini

Seni jalanan ‘graffiti’ jadi pilihan BAD LAB untuk menghiasi papan-papan iklan sepanjang TTDI

BAD LAB, jenama pengeluar kelengkapan penjagaan diri yang lengkap bagi lelaki bukan konvensional telah mempersembahkan #BADLABBILLBOARDS – sebuah acara seni jalanan yang berlangsung di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Bermula pada tengah malam sehingga jam 5 pagi ini, empat artis ‘graffiti’ atau seni jalanan yang terdiri daripada Cloakwork, Katun, Dmojo dan Shade, telah bersama-sama melukis secara langsung di atas empat papan iklan BAD LAB yang terletak di atas tiang MRT, lebuhraya Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

BADLABBILLBOARDS

Seringkali dikaitkan dengan kegiatan vandalisme, seni ‘graffiti’ mula diterima di dalam budaya kontemporari sejak 20 tahun lepas. Bermula sebagai gerakan subversif di bandaraya New York dan dianggap bagaikan sekadar contengan di atas dinding-dinding bangunan, ‘graffiti’ sebagai satu cabang seni visual mula menular ke arena arus perdana.

Di pentas dunia, nama-nama artis ‘graffiti’ seperti Shepard Fairey dan Banksy, kerap meniti di bibir peminat seni terutamanya yang menjurus ke arah ‘pop culture’. Lebih-lebih lagi, seni ‘graffiti’ amat berkait rapat dengan luahan ekspresi artis yang terlibat dan salah-satu cara bagi mereka untuk menyedarkan audiens tentang isu-isu politik dan sosial yang kadang-kala tidak mendapat perhatian yang sepatutnya.

Namun begitu, seni jalanan ini, di kebanyakan tempat, masih dianggap menyalahi undang-undang. Walaupun ini mungkin boleh dianggap sebagai suatu yang negatif, ia juga secara tidak langsung memberikan seni ‘graffiti’ suatu rasa berbentuk ‘rebellion’ dan melawan arus yang tidak dapat diberikan oleh kebanyakan cabang seni lain yang lebih klasik.

Dengan #BADLABBILLBOARDS, BAD LAB ingin mengangkat seni ‘graffiti’ justeru menyediakan platform yang begitu dekat dengan golongan awam dan memberikan peluang kepada artis-artis yang amat berbakat dan kreatif ini untuk menonjolkan hasil kerja mereka dalam cara yang amat gah. “Seni jalanan ini begitu relevan dengan falsafah jenama BAD LAB.

Daripada segi rekabentuk, konsep produk kepada produk itu sendiri dan cara ia berkomunikasi dengan para konsumer, BAD LAB begitu menitikberatkan pengalaman yang unik bagi setiap lelaki khasnya dan para pengguna lain secara am. BAD LAB inginkan kaum lelaki untuk kembali merasai ‘semangat kejantanan’ yang telah sedia ada di dalam diri mereka,” kata Lum Chong Heng, Pengurus Komersil BAD LAB.

Dia menambah, “Ini juga adalah untuk memberikan kesedaran kepada budaya kreatif dan senario seni jalanan yang semakin diminati dan berkembang pesat di Malaysia.

Keempat-empat artis ‘graffiti’ ini telah dipilih sendiri oleh BAD LAB bukan sahaja kerana sifat individual dan keunikan mereka; tetapi juga atas pencapaian hebat mereka di dalam dan luar negara. Menamakan kumpulan mereka sebagai #BADLABGANGOF4, mereka semuanya pernah dijemput untuk menyertai konvensyen seni jalanan antarabangsa.

Sebagaimana yang dapat kita saksikan pagi ini, kerja seni mereka berjaya menarik perhatian umum dan bagi pihak BAD LAB, saya amat berpuas hati dengan hasilnya.”

Semasa acara lukisan secara langsung itu, para pengunjung juga dapat merasai pengalaman interaktif yang disediakan oleh #BADLABMOBILE – sebuah ‘airstream’ yang juga merupakan stesyen perapian diri bergerak dihias khas. ‘Airstream’ tersebut sebelumnya mengambil tempat di #RIUHINTHECITY (RIUH), sebuah platform kreatif yang berlangsung setiap bulan APW, Bangsar.

Di antara aktiviti menarik yang telah diatur adalah Pertandingan Jaket Kulit, demonstrasi lukisan ‘graffiti’ dan kehadiran istimewa artis-artis dan personaliti media iaitu Altimet, Dennis Yin dan Myo dari kumpulan Oh Chentaku.

BADLABBILLBOARDS

“Apa yang saya lakukan dengan muzik hip hop dan seringkali menjadi fokus saya di dalam hasil kerja adalah untuk meluahkan pandangan dan perasaan terhadap perkara-perkara yang amat dekat di hati saya, dan dalam proses itu, mencabar diri sendiri untuk berfikir di luar kotak.

Tidak banyak jenama-jenama di luar sana yang berani untuk melancarkan kempen sebegini, dan sebagai pengguna produk BAD LAB, saya amat berbangga dengan keberanian mereka.” kata Altimet.

Papan iklan #BADLABBILLBOARDS akan berada di tempatnya selama 6 bulan dan pastikan anda semua mengambil kesempatan untuk menyaksikan hasil kerja hebat ini di Jalan Damansara, TTDI, menghala ke Kuala Lumpur. Ianya adalah papan iklan yang paling jahat di sepanjang jalan tersebut.

FIGHT DIRTY, WASH CLEAN!

Untuk lebih pengetahuan tentang artis-artis ‘graffiti’ Malaysia yang dinamakan #BADLABGANGOF4 ini, anda boleh melayari laman Facebook BAD LAB.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertahan Tanah Rizab Melayu Dalam Telemovie KELIR

Merdeka SAYANGI MALAYSIAKU Tawar Tiket Wayang RM10