in , ,

Tidak Bersikap Jujur, Bad Indigo Dedah Punca Penceraian Dengan Ashira

Bad Indigo Akhirnya Akui Dirinya Tidak Bersikap Jujur Jadi Punca Penceraian Dengan Ashira

Setelah agak lama merahsiakan punca penceraian, akhirnya penyanyi Bad Indigo mendedahkan bahawa sikap dirinya yang tidak berlaku jujur menyebabkan dia dan Ashira mengambil keputusan untuk bercerai.

Menafikan sekeras-kerasnya ia disebabkan orang ketiga, Bad sebaliknya menyatakan ia berpunca daripada dirinya yang tidak berterus-terang mengenai keadaan kesihatannya ketika ingin berkahwin dengan Ashira dahulu.

“Nak tau sebab apa kami berpisah, bukan salah dia tetapi salah saya. Saya tidak berlaku jujur dengan dia. Saya tidak jujur bukan kerana orang ketiga, jangan salah faham.

“Saya tak jujur berkenaan penyakit yang saya ada. Saya pun tak faham dengan sakit saya ni. Apabila dah bernikah, baru saya tahu betapa teruknya sakit saya itu,” ujarnya.

Bad berkata demikian menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik olehnya di Instagram sambil menjelaskan punca perpisahan mereka berdua.

Pendedahan berkenaan dibuat setelah melihat Ashira masih terus dikecam netizen dan yang terbaru apabila bekas isterinya memuat naik posting bersama seorang jejaka yang dikatakan sebagai ‘crush’ nya.

Luahnya, dia tidak jujur dan risau untuk berterus-terang dengan Ashira kerana bimbang jika kehilangan dia dan Ashira enggan berkahwin dengannya sekiranya tahu keadaan kesihatannya serta mengaku bersikap pentingkan diri.

“Kalau kita tak jujur dengan orang yang kita sayang, ia akan hilang kepercayaan kepada kita. Jadi, ia memang satu kesilapan besar daripada diri saya.

“Ashira sebenarnya jadi mangsa… saya minta maaf. Kesian kat Ashira sebab bukan salah dia pun sampai dia teruk kena hentam dan tak sepatutnya ia berlaku,” ujarnya.

Pada masa sama, Bad meminta agar netizen tidak lagi terus menghentam bekas isterinya itu dan menegaskan Ashira berhak untuk mendapatkan kebahagian seperti orang lain.

Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada Mac 2021, namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada Jun lalu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAI HASSAN MOLEK FM

Molek FM Melebarkan Sayap ke Kuantan, Pahang Mulai 2 Oktober 2022

NOH SALLEH

Terkena Renjatan Elektrik Jadi Punca Noh Salleh Meludah Atas Pentas