Single terbaru, NOMBOR 2 menjadi pilihan Baby Shima sebagai pembuka tahun baru 2014. Ternyata di sebalik angka ini, ia membawa maksudnya yang tersendiri.
Selepas peroleh kejayaan dari single pertama “Tak Sabar” yang berjaya menduduki Juara Carta radio-radio tempatan dan Juara Carta radio di Sabah selama 20 minggu pada tahun lalu, tidak dinafikan ia menimbulkan rasa keyakinan dalam diri beliau untuk terus mencoret nama dalam industri muzik tanahair tanpa dihirau akan komen atau pandangan negatif yang pernah dilemparkan.
[pullquote]Hasil terbukti, beliau kini diterima ramai malah semakin bertambah sokongan hari demi hari. Baby Shima turut ditawarkan watak utama dalam telemovie Ayam Ribut Syawal yang disiarkan di TV3 pada Syawal yang lalu selain itu juga Baby Shima di tawarkan untuk menyanyikan Ost MAWAR PUTIH TANDA PERPISAHAN oleh Rosyam Nor.[/pullquote]
Dengan mengekalkan konsep pop futuristic, Baby Shima tampil dengan single kedua berjudul “Nombor 2” hasil ciptaan Edry Abdul Halim. Lagu yang berentak catchy dilihat serasi dengan Baby Shima dari sudut pandangan Edry. Single kedua ini dirakamkan pada hujung tahun lalu dan mengambil sedikit masa dalam menyiapkan sepenuhnya bagi memastikan kualiti vokal dan muzik yang bermutu.
Jika sebelum ini Baby Shima berkongsi tentang tak sabarnya bertemu kekasih dalam dendangan lagunya, kini beliau berkongsi mengenai kejujuran dalam sesebuah hubungan dan kesibukkan itu bukan berpunca dari orang yang kedua. Mesej disampaikan dalam irama rancak, namun ia merupakan mesej yang penting dalam sesebuah hubungan percintaan.
“Shima mahu peminat suka dan enjoy dengan lagu baru dari Shima berjudul Nombor 2. Kerana ia sebuah lagu ciptaan yang terbaik dari abg Edry buat Shima hadiahkan pada semua peminat dan penyokong Shima.” ujarnya dengan penuh kegembiraan dan keyakinan.
Lagu ini pasti menjadi sebuah fenomena pada semua penggemar muzik tanahair. Nantikan video lirik “Nombor 2” yang bakal ditayangkan di youtube dan Fbpage Baby Shima.
Ikuti perkembangan Baby Shima melalui:
Twitter : aicobabyshima
Instagram : aicobabyshima
Facebook Page : Baby Shima