Astro kini menjalinkan kerjasama bersama Pinkfong, merupakan salah satu pembikin lagu kanak-kanak terkenal yang menghiburkan kanak-kanak di Malaysia. Pinkfong, merupakan inspirasi SmartStudy yang popular dengan tarian dan nyanyian video ‘Baby Shark’. Fenomena terbaru dalam animasi kanak-kanak ini telah mendapat lebih dari 1.5 bilion tontonan dalam talian di seluruh dunia.
Astro dan Pinkfong bawakan kaedah pembelajaran yang lebih menyeronokkan ke Malaysia.
Cadangan kapsyen: Demam video tular Bayi Yu, Do Do Do Do ini masih belum berhenti! ‘Bayi Yu’ kini di Malaysia! Dengar lagu ini sekarang secara eksklusif di Astro Best dan on demand, bersama-sama dengan 4 tajuk lagu baharu. Tidak cukup dengan Pinkfong? Boleh dapatkan barangan Pinkfong di Go Shop sekarang. Jangan lupa gunakan kata kunci #BayiYu #Pinkfong.
KUNCI UTAMA
• Kerjasama antara Astro dan Pinkfong akan menyediakan 70 lagu, termasuklah ‘Bayi Yu’, lagu popular ‘Baby Shark’ versi Bahasa Malaysia dan empat lagu baharu menerusi saluran Astro Best. Pelanggan Astro boleh membeli video muzik Pinkfong yang menjadi kegemaran anak-anak dengan harga RM10 sahaja untuk lima (5) hari tontonan.
• Bermula 2018, rakyat Malaysia boleh menjangkakan perkembangan senarai video muzik Pinkfong di on demand. Bukan itu sahaja, tahun depan akan menyaksikan kehadiran video musik Pinkfong dalam Bahasa Mandarin, termasuk matematik, cerita dongeng bermoral dan peribahasa Cina
• Astro merupakan platform yang membawakan kandungan video muzik Pinkfong, menyedari akan kepentingan kandungan pembelajaran yang menyeronokkan untuk anak-anak dan keluarga, dan bercadang untuk menawarkan lebih banyak pengalaman Pinkfong yang boleh dinikmati sekeluarga – biarpun dari segi event mahupun kandungan.
• Go Shop membawa barangan eksklusif Pinkfong ke Malaysia termasuklah mainan Pinkfong dan buku-buku bunyian dengan lingkungan harga antara RM50 – RM80.
• Orang ramai berpeluang memenangi barangan eksklusif Pinkfong dengan menyertai #BabySharkChallenge anjuran Astro. Caranya adalah, muat naik video anda bersama anak-anak anda yang sedang melakukan tarian ‘Baby Shark’ di Instagram atau Facebook dan gunakan kata kunci #BayiYu #BabyShark #SchoolsOut #BabySharkDanceWithAstro dan tag @astrocircle. Pastikan profil Instagram anda ditetapkan kepada awam supaya kami dapat melihat anda! Pemenang akan dimaklumkan melalui Facebook.
Agnes Rozario, Naib Presiden Pengurusan Bahagian Kandungan Astro,
“Astro sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi para pelanggan kami, dan kerjasama Astro Bersama Pinkfong mengukuhkan lagi usaha kami dalam menawarkan pelanggan kami dengan lebih banyak kandungan edutainment. Kami telah membina asas pangakalan kanak-kanak yang utuh menerusi kandungan kanak-kanak yang asli dan berlesen, dan kini kami lebih teruja dengan adanya Pinkfong di sisi.”
Ryan Seungkyu Lee, Pengasas bersama dan Naib Presiden Kanan, SmartStudy (Pinkfong)
“Ia sungguh menyeronokkan untuk melihat lagu-lagu dan video muzik Pinkfong mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari para peminat di seluruh dunia, seperti yang ditunjukkan oleh pertumbuhan pesat syarikat ini. Di Pinkfong, kami percaya bahawa apabila pembelajaran dilakukan di suasana yang menyeronokkan, ia akan mendorong kepada kanak-kanak menjadi lebih focus.”
“Kami juga bercadang untuk menghasilkan kandungan ekslusif yang dilokalisasikan khas untuk peminat Malaysia. Dengan ‘Bayi Yu’, kami harap dapat menarik rakyat Malaysia, sepertimana ‘Baby Shark’ berjaya menjadi satu fenomena tular di seluruh dunia. Dengan kerjasama ini, kami teruja untuk bekerjasama lebih rapat dengan Astro untuk menyampaikan pengalaman 360° menerusi kandungan yang menarik dan barangan-barangan Pinkfong untuk seisi keluarga.”
MAKLUMAT TAMBAHAN
• Pelanggan boleh membeli lagu-lagu dan video muzik Pinkfong di saluran Astro 481 untuk RM10.00 dengan tempoh tontonan lima hari, atau lawati laman web Astro First untuk mendapatkan maklumat lanjut.
• Sambungkan PVR anda untuk memuat turun dan menonton Pinkfong on demand, bila-bila masa dan di mana sahaja.
• Tambahan, anda boleh memesan barangan eksklusif Pinkfong termasuklah plush toys dan buku bunyian menerusi aplikasi Go Shop atau di laman web.
• Jangan lupa untuk menyertai #BabySharkChallenge Astro untuk memenangi barangan eksklusif. Pinkfong. Lawati laman web Astro Circle untuk maklumat lanjut.
http://www.astro.com.my/
https://www.facebook.com/Astro/
https://www.instagram.com/astromalaysia/