Rata-rata netizen mengkritik foto berkenaan dan menganggap babak itu sebagai tidak logik dan pelik. Bagaimanapun, pengarah drama tersebut, Michael Ang menjelaskan foto yang tular itu bukan babak sebenar dalam drama berkenaan sebaliknya ia hanya gambar yang diambil sekitar penggambaran.
Tambah Michael, dia juga mahu menjaga aurat dan tidak sewenang-wenangnya meminta Uqasha membuka seluar di hadapan pelakon lain dan kru produksi.
“Gambar yang tular itu bukanlah dalam footage pun dan ia gambar di luar kamera. Sekadar gambar sekitar penggambaran.
“Sudah tentu bila shooting saya nak jaga aurat. Takkan saya nak suruh Uqasha buka seluar di hadapan semua orang dan sebab itu la ada letakkan kain.
“Nanti ada babak Usu (lakonan Uyaina Arshad) buka seluar dan bila tengok babak itu, penonton akan faham apa yang ingin disampaikan,”
– Michael Ang
Michael Ang diminta mengulas mengenai foto tular sebuah babak dalam drama arahannya iaitu Perempuan Tanpa Dosa yang sedang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria.
Drama gandingan Uqasha dan Kamal Adli itu bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 Oktober lalu.
Dalam pada itu, Michael menganggap foto yang tular itu sekadar jenaka dan mengambil segala kecaman netizen secara positif.
“Saya tak kisah dengan kecaman atau kritikan netizen. Saya anggap ia sekadar lawak dan sebenarnya kelakar juga bila dapat tahu ada orang muat naik foto itu dan menjadi tular.
“Tapi saya terima saja kecaman sebab netizen memang suka membuat andaian. Mereka lihat gambar itu dah terus buat andaian sendiri tanpa tahu apa-apa,”
– Michael Ang
Drama bersiri itu turut dibintangi oleh Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Zac Zaky, Hilal Azman, Shaza Bae, Susan Menan, Datin Fadhillah Mansor dan Azza Elite.
*Sumber: mStar Online