Semalam kami sempat menghadiri ke Media Preview filem Jwanita. Boleh tahan juga air tangan terbaru Osman Ali kali ni. Begitu juga ramai media yang memuji lakonan dari pelakon utama filem ini terutama lakonan dari Maya Karin dan Marsha Milan Londoh. Dikatakan lakonan Marsha adalah yang terbaik dalam filem Jwanita.
Filem arahan Osman Ali membariskan pelakon hebat antaranya Bront Palarae, Maya Karin, Cristina Suzanne, Datin Paduka Umie Aida, Marsha Milan dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan pemujaan ilmu hitam yang sangat menakutkan dan mengerikan. Banyak adegan menarik dan mengejutkan penonton.
Saya kongsikan sedikit spoiler untuk filem ini:-
Jwanita dan Julaika ditempatkan di rumah anak yatim setelah kedua orang tuanya terlibat dalam kemalangan Malang bagi Jwanita kerana mengalami depresi. Jwanita makin tertekan apabila adiknya Julaika diambil sebagai anak angkat lalu menyebabkan dia dan adiknya terpisah.
Nekad untuk kembali bersatu dengan adiknya, Jwanita lari dari rumah anak yatim untuk mencari adiknya. Bermula dari saat itu, Jwanita melalui episod episod tragis yang menambahkan lagi depresinya disamping mewarisi ilmu setan yang dipelajari dari pengamal ilmu hitam persis Mona F (bukan nama sebenar).
Setelah beberapa ketika, Jwanita kembali. Untuk apa?…. itu saya tinggalkan kepada anda untuk mencari jawapannya. Nak tahu? kenelah tonton filem phsyco-thriller terbaru arahan Osman Ali di pawagam pada 24 September 2015. 🌟🌟🌟🌟
Amaran🚫🚫🚫: Pada mereka yang alah kepada darah. Aksi potong badan 14 kerat serta ibu mengadung dan pesakit jantung adalah dilarang sama sekali untuk menonton filem ini.