Memetik Harian Metro, Jay membuat permohonan maaf kepada pihak yang tersinggung dengan babak dicium Elizabeth serta menjadikan perkara itu sebagai iktibar.
Dalam pada itu, Jay berkata sebelum ini dia mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan serta akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Saya sebelum ini berdiam diri kerana tidak mahu memanaskan lagi isu yang sedia menjadi bualan hangat. Selepas sekian lama, akhirnya saya membuka mulut dan sekali lagi memohon maaf.
“Sebagai pelakon, saya menjadikan isu itu sebagai iktibar dan lebih berhati-hati pada masa akan datang agar ia tidak berulang,”
– Jay Iswazir
Terdahulu, Elizabeth mengaku adegan bercium dengan Jay dalam filem tersebut dilakukan tanpa sendiri tanpa menggunakan teknik kamera. Katanya lagi, babak itu dijayakan ketika dia belum berkahwin lagi.