in

B-Boy Papar Aksi Hebat di Pertandingan Akhir R16 Serantau

B-Boy Papar Aksi Hebat di Pertandingan Akhir Serantau
LG dan KTO Persembahkan Pertandingan Akhir Asia Tenggara 2010

Para penari b-boy terbaik di rantau ini menguasai pentas di pertemuan akhir Pertandingan Peringkat Akhir R16 Asia Tenggara 2010 di Kuala Lumpur hari ini, yang diadakan di KL Life Centre di Jalan Sultan Ismail. Pertandingan yang menarik perhatian ribuan peminat budaya b-boy kerana sebilangan pasukan terbaik dari Asia Tenggara berhimpun di bandar raya ini bagi menyertai pertandingan akhir peringkat serantau.

Pertandingan akhir ini menampilkan sebanyak 8 pasukan dari Thailand, Vietnam, Laos, Singapura, Indonesia, Taiwan dan Malaysia yang menghiburkan para penonton yang penuh sesak dengan pergerakan mereka dengan koreografi yang begitu unik. Malaysia yang menjadi tuan rumah diwakili oleh dua pasukan- Giller Battle dan Wakaka Fever, yang berjaya menewaskan tiga belas lagi pasukan lain di uji bakat peringkat Malaysia bulan lalu, di mana seratus pasukan B-boy dan B-girl bertarung dalam pertandingan yang berlangsung selama lima jam.

Akhirnya, pasukan Big Toe dari Vietnam menewaskan peserta lain untuk muncul sebagai pemenang, dan bakal meneruskan perjuangan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat global, R16 Korea World B-boy Masters Championship, yang bakal diadakan di Korea Selatan selanjutnya dalam tahun ini.

Pertandingan Akhir R16 Asia Tenggara ditaja oleh LG Electronics (LG), pemimpin global dan inovator teknologi bagi elektronik pengguna, peralatan rumah dan komunikasi mudah alih serta dianjurkan oleh Korea Tourism Organization (KTO), sebagai sebahagian dari R16 Korea World B-boy Masters Championship, yang diperkenalkannya bersama Kementerian Budaya, Sukan dan Pelancongan Korea dalam usaha menyokong budaya belia peringkat akar umbi. Sejak diperkenalkan pada 2007, pertandingan global ini telah berjaya menarik penyertaan lebih 300 artis, pemuzik dan penari.

“Pembabitan kami bersama R16 adalah sebahagian dari komitmen kami untuk menyumbang dan menceriakan kehidupan komuniti di mana kami beroperasi. Selain menyokong generasi muda melalui program-program sebegini, kami juga menyumbang dalam beberapa cara lain, seperti menaja pelbagai rumah anak yatim dan menyokong usaha amal. Sememangnya kami amat gembira kerana dapat memberi peluang kepada belia untuk menyalurkan kreativiti, keupayaan dan idea mereka secara positif, selain menggapai impian mereka,” kata Encik Jeff Cheh, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif LG Electronics (M) Sdn. Bhd.

Menurut Encik Kim Kee Hun, iaitu Pengarah Urusan Korea Tourism Organization, pertandingan R16 adalah cara yang bagus untuk memulakan pertukaran sosial dan budaya di antara belia Korea dan Malaysia. Beliau berharap bahawa dengan adanya pertandingan ini, lebih ramai belia Malaysia berpeluang untuk melawat Korea Selatan.

Selain pertandingan tarian, beberapa nama besar dalam arena B-boy dan hip hop seperti b-boy Born, B-Boy Free, B-boy The End, DJ Dust, Baby, MC Super Ivy, Altimet dan Dose Two turut hadir bagi menambahkan lagi keterujaan pada malam itu dengan memberikan persembahan yang menghiburkan di acara tersebut.

R16 Korea World B-boy Masters Championship adalah sebahagian dari ‘Korea Be Inspired’ Festival 2010, yang bertujuan mempromosikan Melawat Korea Tahun 2010-2012, budaya bandar R16 dan Gelombang Korea (Hallyu), manakala KL Life Centre dan Berjaya Times Square masing-masing merupakan penaja tempat bagi pertandingan akhir peringkat Serantau dan Malaysia. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai R16, sila layari www.r16seasia.com.

Senarai Finalis Pertandingan B-Boy Serantau:
1. Rebelz In Rhythym (Indonesia)
2. Big Toe (Vietnam)
3. Laobangfai (Laos)
4. 99 Flava (Thailand)
5. Soulfresh (Taiwan)
6. Floor Techniques (Singapura)
7. Wakaka Fever (Malaysia)
8. Giller Battle (Malaysia)

Tentang LG Electronics, Inc.
LG Electronics, Inc. (KSE: 066570.KS) adalah pemimpin global dan inovator teknologi dalam bidang elektronik pengguna, komunikasi mudah alih dan peralatan rumah. Syarikat ini menggaji lebih dari 84,000 pekerja di 115 operasinya termasuk di 84 subsidiarinya di seluruh dunia. Dengan jualan global pada tahun 2008 mencecah $44.7 bilion, LG terdiri daripada lima unit perniagaan – Hiburan Rumah, Komunikasi Mudah Alih, Peralatan Rumah, Penyaman Udara dan Penyelesaian Perniagaan. LG adalah salah satu pengeluar terkemuka dunia bagi TV panel rata, produk audio dan video, telefon bimbit, penyaman udara dan mesin basuh. LG telah menandatangani perjanjian jangka panjang untuk menjadi Rakan Kongsi Global Formula 1™ dan Rakan Kongsi Teknologi Formula 1™. Sebagai sebahagian dari perhubungan peringkat tinggi ini, LG menerima pelantikan eksklusif dan hak pemasaran sebagai elektronik pengguna, telefon bimbit dan pemproses data rasmi bagi acara sukan global ini. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.lg.com.

Tentang Korea Tourism Organization
Korea Tourism Organization (KTO) adalah badan kerajaan bagi promosi pelancongan Korea. Matlamat utama KTO adalah untuk mempertingkatkan persekitaran pelancongan Korea sekali gus menarik lebih ramai pelancong asing datang menjadikan Korea destinasi pelancongan terkemuka dunia. Bagi mencapai matlamat ini, KTO melakukan pelbagai usaha bagi menubuhkan kompleks resort, mempertingkatkan penginapan pelancong, dan mengembangkan infrastruktur industri pelancongan. KTO mempunyai 27 buah pejabat di 15 negara, dan bekerjasama erat dengan industri pelancongan tempatan bagi memastikan maklumat pelancongan boleh didapati secara terus di laman masing-masing. Bagi pelawat ke Korea, KTO menyediakan pelbagai perkhidmatan yang termasuk maklumat pelancong yang bermanfaat, serta aktiviti promosi selain sentiasa mendapatkan maklum balas pelanggan. Sila layari www.tour2korea.com/my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip: Penyanyi Diva Yang Suka Mengejek Penyanyi Lain

Celcom’s 2010 Media Nite BLUE VS THE REST Campain