Mengisi tema Ultimatum, Azzam Sham tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu menewaskan empat finalis lain. Kemenangan ini sekali gus melayakkan Azzam Sham membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
“Saya tak tahu nak cakap apa sebab memang tidak jangkakan kemenangan ini. Ini bukan kemenangan mutlak saya seorang, sebaliknya kemenangan saya bersama finalis-finalis lain juga yang saya sudah anggap macam adik beradik sendiri.
“Saya juga berterima kasih kepada ibu bapa dan keluarga serta syarikat pengurusan Rusa Music yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya selama ini,â€
– Azzam Sham
Sementara itu, Usop atau nama lengkapnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad, 23, memenangi tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,00 beserta trofi.
Naib juara : Usop
Tempat Ke-3: Qody Rany
Tempat Ke-4: Dinie Rashid
Tempat Ke-5: Fadh Majid
Tempat ketiga menjadi milik Qody Rany, 26, dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 beserta trofi.
Sementara Dinie Rashid, 28, dan Fadh Majid, 27, pula masing-masing berpuas hati di tempat keempat dan kelima dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.
Big Stage 2020 peringkat akhir ini diadili tiga juri profesional yang terdiri daripada Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir selaku juri tetap. Manakala penyanyi Misha Omar pula bertindak sebagai juri jemputan, selain Elly Mazlein berperanan sebagai Presiden Netizen.
Malam kemuncak Big Stage musim ketiga yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (124) dan Ria HD (104) itu menampilkan pasangan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad.
Big Stage 2020 turut disertai Dr. Hafiz Zainal, Nana Sheme, Farisha Iris, Hanie Soraya, Amir Hassan, Yamani Abdillah dan Allahyarham Sandra Dianne.
Dua musim Big Stage terdahulu dimenangi Sarah Suhairi dan penyanyi dari Korea Selatan, Han Byul.