Kesan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu,dia tidak boleh mendaftar masuk kembali sehingga menyebabkan dia terpaksa mewujudkan akaun Instagram yang baru. Seperti yang diketahui ramai, Diva AA terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara mengenai pelbagai isu termasuklah kontroversi yang melibatkan selebriti di Malaysia.
Bagaimanapun, menurut Diva AA selepas ini dia enggan lagi menyentuh isu sensitif di Instagram barunya itu. Malah serentak dengan itu juga, dia telah menetapkan beberapa syarat hantaran di platform media sosial tersebut termasuklah hanya akan berkongsi gambarnya bersama selebriti terpilih pada waktu tertentu.
Dalam perkembangan berkaitan, di laman Twitter pengacara Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) ini masih ‘aktif’ menegur selebriti dan orang kenamaan yang mencetuskan pelbagai isu.
Terdahulu, gara-gara teguran Diva AA segelintir netizen bersetuju sekiranya dia diberi peluang menyertai politik negara dan dicalonkan sebagai salah seorang menteri.