Mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM17,000 terhadap pengacara sensasi, Azwan Ali.
Azwan atau dikenali sebagai Diva AA, 54, didakwa menjejaskan imej dan kredibiliti pegawai perubatan dalam mengendalikan kes Covid-19 melalui dua video yang tular di laman sosial.
Bagaimanapun, Azwan sedikit pun tidak terkesan dengan denda yang dikenakan meskipun rata-rata netizen menghentamnya. Menerusi laman Twitter, dia dilihat turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap netizen.
Azwan mengakui dia seorang yang kaya dan mampu menjelaskan denda sebanyak RM17,000 itu.
Dalam pada itu kata Azwan dia tidak menyalahkan Dayang Ku Intan yang menjadi punca dia menghasilkan video berkenaan.
Azwan turut berhadapan dengan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.