in ,

Azura Zainal Teruja dengan Aktiviti Lasak di Kembara X-Plorasi di Pulau Tioman

Bagi yang kerap melancong atau terlibat dalam aktiviti luar, mereka semestinya mahukan sesuatu yang baru untuk diterokai. Justeru program kembara X-plorasi musim baru yang bakal menemui penonton mulai 3 Februari 2013, setiap Ahad, jam 9.30 malam di TV1 menjanjikan sesuatu yang menarik untuk dikongsi sama dengan pengikut setia programnya.

Episod pengenalannya membawa Azura, hos program ini ke Pulau Tioman yang mula digazetkan sebagai taman laut sejak tahun 1994, iaitu kawasan yang dilindungi sebagai zon penampan yang mengekalkan sumber ikan dan biodiversitinya untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pelancongan.

Azura akan melakukan aktiviti selaman scuba di beberapa lokasi selaman seperti di Pulau Sepoi, Pulau Labas dan Pulau Chebeh untuk melihat sejauh mana perkembangan ekosistem karangan dan hidupan marin di samping mengetahui usaha-usaha taman laut menjalankan pemuliharaan terhadap hidupan karangan dan ikan di kawasan tersebut.

Selain itu, Azura juga akan melakukan pendakian ke Gunung Nenek Simukut atau juga dikenali sebagai Gunung Tanduk Naga untuk melihat keindahan alam semulajadi yang berbeza.

Azura Zainal

Program X-Plorasi yang berkonsepkan aktiviti sukan lasak dan kembara di seluruh tanah air dan di luar negara ini telah bersiaran sepanjang 11 tahun menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ia jelas membuktikan penerimaan baik di kalangan penonton terhadap program X-Plorasi yang berkonsepkan aktiviti sukan lasak dan kembara di seluruh tanah air dan di luar negara.

“Pendekatan baru dari segi olahan penceritaan dan penyampaian pengacaraan Azura Zainal turut dilakukan bagi menjadikan program ini sentiasa segar di hati masyarakat.

Dari segi pengacara juga kita lakukan ‘comeback’ dengan menggunakan khidmat pengacara X-plorasi yang pertama iaitu Datin Suriani Abd. Rahman di dalam beberapa episod,”

– Jabir Shafie

Penerokaan pelancongan dalam program ini antara lain turut menekankan aspek konservasi dan pemuliharaan alam setempat yang dijalankan di kawasan liputan. Pengolahan rancangan dibuat berdasarkan perspektif pengacara rancangan sebagai seorang yang mempunyai hobi menggembara dan menggemari aktiviti lasak serta peka terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Liputan merangkumi destinasi pelancongan yang belum popular dan tidak pernah diketahui umum di negara ini merangkumi aktiviti lasak seperti selaman skuba, pacuan empat roda, mendaki gunung, kayak arus deras, berakit, motocross, berbasikal bukit, paramotor dan banyak lagi. Malah krew X-plorasi turut mengadakan penggambaran dibeberapa buah negara antaranya Nepal dan Bali, Indonesia.

Krew penerbitan X-plorasi terdiri daripada Roziah Naam selaku penerbit eksekutif, Jabir Shafie (penerbit), Norazlan Tendot Abu Bakar (penerbit), Wan Abdul Mutalib (penolong penerbit) dan Azura Zainal yang bertindak sebagai pengacara.

Bagi yang gemar melancong dengan kepelbagaian aktiviti lasak, ikuti pelbagai pengalaman kembara menarik dalam X-plorasi musim baru ini. Maklumat lanjut mengenai butiran rancangan boleh diperolehi dari laman www.facebook.com/x-plorasi

Azura Zainal
Azura Zainal
Azura Zainal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SMS Contest Chinese New Year Premium Samsung Products To Be Won

Sinopsis Drama Bersiri Hanya Dengan Bismillah Lakonan Afiq Muiz