in ,

Aznil Hj Nawawi Ketua Penyamun Muzikal Ali Baba di Istana Budaya

[dropcap]P[/dropcap]ementasan ini diterajui oleh Aznil Hj. Nawawi sebagai Ketua Penyamun, Fizo Omar sebagai Ali Baba, Ebby Yus sebagai Kassim Baba, Elfira Loy sebagai Marjina dan menampilkan Zarina Raja Lawak, Najua P. Ramlee, Danish Zakwan, Aziz M. Osman dan ramai lagi.

[pullquote align=”right”]Istana Budaya bakal mementaskan Muzikal Ali Baba pada 21 – 29 Disember 2012 jam 8.30 malam dan tambahan jam 3.00 petang Sabtu dan Ahad di Panggung Sari, Istana Budaya.[/pullquote]

Untuk makluman juga, muzikal ini pernah dipentaskan pada Disember 2006 dengan penampilan Aznil Hj. Nawawi sebagai teraju utama. Ia dipentaskan sekali lagi pada tahun ini atas permintaan ramai setelah kejayaan yang amat membanggakan pada musim tersebut. Jika dulu, kisah adaptasi daripada cerita Ali Baba dan 40 penyamun ini melibatkan 80 pelakon kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun selain Aznil, namun pada pementasan kali ini, ia menampilkan pelakon-pelakon peringkat remaja selain watak-watak utama. Pada musim ini juga sekali lagi Aznil masih mengekalkan wataknya iaitu ketua penyamun dan Elfira Loy jika pada musim lepas beliau hanya sebagai ensemble tapi kini beliau memegang salah satu daripada watak utama.

Ali Baba - Ramai2 3

Sempena musim cuti persekolahan ini, Panggung Sari, Istana Budaya akan mementaskan teater muzikal Ali Baba bermula dari 21 hingga 29 Disember 2012. Pernah dipentaskan pada Disember 2006, teater muzikal Ali Baba sekali lagi akan mempertaruhkan pelakon berbakat besar, Aznil Haji Nawawi selaku teraju utama.

“Alhamdulillah, bersyukur untuk sekian kalinya, saya diberi peluang menjadi sebahagian daripada teater ini. Ini kali kedua saya terlibat dengan teater muzikal Ali Baba dan saya rasa teruja untuk pementasan kali ini.”

Walaupun pada awalnya pihak produksi Istana Budaya menggunakan wajah Pak Nil tanpa kebenarannya untuk diletakkan pada poster teater tersebut, namun ia tidak menjadi penghalang buat pelakon teater Aladdin ini untuk menerima tawaran daripada pihak mereka.

Aznil_Nawawi_Ali_Baba

“Pada mulanya saya agak terkejut bila ada peminat tweet saya dan memberitahu tidak sabar nak menonton lakonan saya dalam teater ini. Ini kerana saya belum beri sebarang kata putus kepada pihak IB namun difahamkan posternya sudahpun dikeluarkan. Walaupun ini kali kedua gambar saya digunakan tanpa diberitahu terlebih dulu, namun saya terima juga tawaran ini.

“Lagipun, pengarah IB telahpun memohon maaf kepada saya mengenai isu yang timbul. Saya tersentuh dengan keikhlasan dan kesungguhan beliau menawarkan saya berlakon teater ini. Saya anggap ini sebagai salah satu sumbangan saya untuk negara dan juga rezeki saya pada akhir tahun 2012. Lagipun, saya pun dah lama tak buat teater, jadi ini juga satu peluang untuk saya kembali beraksi di pentas teater.”

Menyentuh mengenai kelainan serta cabaran dalam teater arahan Lokman Ghani ini, Pak Nil memberitahu,

“Sebenarnya setiap kali saya buat teater Ali Baba ini, saya akan menukar skripnya pada setiap malam supaya penonton tidak bosan dan akan datang berkali-kali. Selain itu, teater ini juga lebih interaktif dengan penonton.

“Cuma apa yang merungsingkan saya sekarang ialah saya takut tak boleh berlari dan menari, maklumlah umur dah memasuki 50 tahun. Saya juga takut saya tak dapat membezakan watak saya dengan watak Profesor Klon selain risau andai karakter saya tidak seperti yang diharapkan oleh penonton.

“Ini kerana dalam naskhah asal watak ketua penyamun dibawa oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan kita tahu kehebatan dia bagaimana. Apapun, saya akan melakukan yang terbaik dan tidak sabar untuk bekerjasama buat pertama kalinya dengan Fizo dan Elfira.”

Selain Pak Nil, teater muzikal Ali Baba turut dibintangi oleh Fizo Omar (Ali Baba), Elfira Loy (Marjinah), Ebby Yus (Kassim Baba), Najua P. Ramlee (Aloyah), Zarina Raja Lawak (Nursiah), Danish Zakwan (Sarjan) dan Aziz M. Osman (Baba Mustafa).

Aznil Fizo

Pelakon kacak Fizo Omar berharap tiada pihak memberi tanggapan negatif terhadap artis popular kononnya telah menyekat periuk nasi penggiat teater apabila mendapat sesebuah tawaran berlakon di pentas itu.

Fizo, 27, berkata, perkara itu sepatutnya dilihat secara positif apabila sesebuah produksi mengambil konsep memilih artis-artis popular sebagai peneraju utama dalam teater yang dianjurkan.

“Saya harap tiada yang memberi tanggapan pelakon-pelakon popular telah menyekat rezeki penggiat teater. Itu tidak benar. Kami hanya menjalankan tugas sahaja. Dan apa salahnya jika perkara ini diambil secara positif? Kita kena faham dalam industri hiburan tempatan, populariti amat penting dalam menarik perhatian penonton untuk datang menyaksikan pementasan yang diadakan,” katanya.

[pullquote align=”right”]Sementara itu, Fizo menggalas peranan utama sebagai Ali Baba dalam teater ini.[/pullquote]

Tunggak utamA teater Ali Baba dari kiri, Pengarah persembahan Lokman Ab Ghani, Fizo Omar, Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani, Aznil Nawawi dan Pengarah muzik Rosli Abu Bakar selain beberapa orang yang terlibat dalam pementasan itu.

Tambah pelakon itu, populariti juga amat penting kerana ia lebih bersifat perniaagan dan sekiranya tiada selebriti popular membintangi teater yang dianjurkan, berkemungkinan besar ia bakal mengalami kerugian kerana ketiadaan penonton.

“Saya bukan nak bercakap besar atau merendahkan sesiapa, tetapi industri seni hiburan merupakan sebuah perniagaan yang mana ia juga mempunyai kaitan dengan populariti.

“Jika ingin kekal dalam industri mereka perlulah berusaha daripada segi menjaga kualiti lakonan dan menaikkan nama serentak,” tuturnya.

Teater Ali Baba

Tiket berharga RM30, RM50, RM70 dan RM100 boleh didapati di kaunter Box Office, Istana Budaya atau www.ticket2u.biz.

POSTER ALI BABA

Ali Baba

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Rolling Stones In Concert Live On Astro Box Office Events

Single Kedua Angel Dust Lynnzay Dikaitkan Dengan Dadah?