Pada 12 Mei lalu, penyanyi Azmir Arif telah melancarkan album CINTA KITA BERDUA terbitan Rohana Kasih Productions di Saloma Bistro. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya. Setelah hampir tujuh tahun bergelar anak seni, Azmir Arif yang tidak kenal erti putus asa muncul dengan album CINTA KITA BERDUA. Album yang iedarkan oleh Warner Music Malaysia ini dijangka menjadi batu loncatan untuk Azmir mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang seni suara pada masa depan. Album ini mengambil masa selama 1 tahun untuk disiapkan
Bersandarkan kepada lapan lagu dengan pelbagai rentak dan gentre seperti balada, pop dan tradisional diharap dapat menarik pendengar.
Album ini mengandungi 8 buah lagu dan juga bonus 2 buah lagu minus one. Didalam album ini terdapat pelbagai ketegori lagu iaitu Pop, Balada, Hip Hop dan juga Tradisional. Pelbagai kategori lagu dimasukkan kedalam album ini adalah untuk memberi pilihan kepada pendenger supaya semua peringkat umur boleh mendengar lagu-lagu didalam Album ini.
Di dalam album ini diselitkan gengan sebuah lagu Tradisional kerana sebagai anak melayu Azmir ingin bersama memertabatkan lagu2 tradisional supaya tidak terus hilang ditelan zaman. Jika album ini mendapat sambutan InsyaAllah Azmir akan mengeluarkan Album penuh lagu-lagu tradisional kerana Azmir merasakan masih ramai lagi peminat-peminat yang meminati lagu-lagu tradisional sekarang ini cuma lagu-lagu tersebut kurang diputarkan di radio.
“Saya amat berterima kasih kepada mereka yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang tempoh pembikinan album ini. Saya berharap dapat memenuhi cita rasa serta sambutan yang menggalakkan daripada peminat sekelian.”
Album tersebut mendapat sentuhan daripada Freddie Fernandez, Adnan Abu Hassan, Alfa Booty Kesuma, Jeff A to Z, Aesar Mustafa, Nira Aria, Hudson Gan, Qalil, Rosidi Harun, M.Alif, Sheikh Qalam dan Faizol Rock.
Antara rakan artis yang hadir di majlis Pelancaran ini ialah Razis Ismail,Zaiton Sameon,Siti Fairuz, Mak Jah, Ayati Tasrip, Delimawati, Mohd Mentor, Chef Yang Jamil,Aesar Mustafa, Ihab Ismail, Dior dan juga Komposer Dato Suhaimi@ Pak Ngah.
Ramai yang bertanya dalam keadaan industri yang semakin suram kenapa Azmir berani untuk mengeluarkan Album. Bagi Azmir, menyanyi adalah minat azmir semenjak dari kecil lagi. Azmir hanya ingin berkongsi bakat menyanyi yang dianguerahkan ini bukan untuk mengejar populariti. Tak dinafikan populariti itu penting, tapi jika kita ikhlas dan melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh InsyaAllah populariti itu akan menyusul kemudian.
Sebab itu Azmir masih lagi bertahan didalam industri ini selama hampir 7 tahun walau pun ada yang masih belum mengenali Azmir. Azmir hanya berusaha untuk mengukuhkan perjalanan kerjaya seni Azmir didalam industri seni ini dengan terbitnya Album Azmir Arif ‘Cinta Kita Berdua’ ini yang selebihnya saya serahkan kepada para pendengar untuk menilainya.
Azmir turut mengharapkan kerjayanya dalam bidang yang diceburinya itu turut lancar seperti mana yang berlaku pada majlis pelancaran album CINTA KITA BERDUA.