in

Azmil Bangkit Semula Demi Dayang Nurfaizah

Protégé Mentor Legend, Azmil telah dinobatkan persembahan terbaik pada malam Konsert Battle 2, Kumpulan B di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Setelah Dayang Nurfaizah menyatakan kekecewaannya terhadap persembahan Azmil pada minggu pertama, kali ini Azmil telah memukau para penonton, terutamanya kedua-dua juri tetap, Azmeer dan Adlin Aman Ramli sehinggakan mereka memberinya markah tinggi 46/50.

Azmil dikatakan telah bangkit semula dari persembahan minggu pertamanya yang hambar. Dengan memenangi juara minggu ini, Dayang Nurfaizah dan Azmil berjaya membawa pulang sepasang Headphone jenama Beats setiap seorang. Namun markah terkumpul tertinggi masih dipegang oleh protégé Mentor Legend Ella, Aina dengan markah keseluruhan, 142.

Azmil Bangkit Semula Demi Dayang Nurfaizah

Menurut Adlin Aman Ramli selaku juri tetap Mentor Legend, “Satu perkara yang pasti pada malam ini adalah, Azmil sudah bangkit semula. Dia telah membuktikan bakatnya dan menebus kekalahannya pada minggu pertama. Suaranya yang serak-serak basah itu dipadankan pula dengan genre muzik Balada dan Rock adalah satu bakat yang mampu memberi impak yang magical.”

“Ketika Azmil menyanyikan lagu ‘Ku Akui’ itu, lagu asal Hafiz, magic yang diberinya adalah melalui suaranya, dia mampu menceritakan betapa sakitnya dia untuk kembali kepada kekasihnya itu. Isi lagu itu sendiri sudah diceritakan melalui suaranya sahaja. That is something rare.” ujarnya lagi.

Persembahan Aina, protégé Ella tetap juga memberikan persembahan yang baik malam itu. Melalui persembahan solonya dengan lagu ‘Beribu Sesalan’, penggunaan hiasan pentasnya telah memberikan persepsi penuh magis menurut juri tetap Azmeer. Dalam pusingan kedua diamana Aina berduet bersama Sarah, protégé Mentor Legend Amy Search pula memberi impak yang berbeza. Gabungan dua protégé Lagenda Rock Malaysia itu menghidupkan suasana dengan suara lantang mereka melalui lagu ‘Halo’ nyanyian asal Diva Dunia, Beyonce.

Antara persembahan yang menarik perhatian para penonton adalah persembahan protégé Mentor Legend Zainal Abidin, Nadeera. Kedua-dua persembahan Nadeera menggamit kenangan zaman Kabaret 70-an dan Disko 80-an menerusi lagu ‘Isn’t She Lovely’, nyanyian asal Stevie Wonder dan medley lagu ‘Khayalan’ dan ‘Fantasy’ lagu asal Black Dog Bone dan Earth, Wind, Fire.

Program Mentor Legend ini akan berehat selama satu minggu bermula hari ini demi memberi laluan kepada Anugerah Juara Lagu 29 pada hari Ahad, 18 Januari 2015. Oleh itu, talian undian bagi Kumpulan A akan mula dibuka pada jam 11.59 malam Ahad ini, 18 Januari 2015.

Berikut adalah kesimpulan pemarkahan persembahan Protégé Mentor Legend malam itu. Setiap protégé hendaklah mengumpul sebanyak markah yang mampu dari minggu ke minggu demi mengelakkan dirinya daripada tersingkir pada Konsert Battle 3 minggu hadapan. Penyingkiran akan berlaku pada protégé yang mengumpul markah terendah pada minggu penyingkiran kelak.

PROTEGE SMS(30%) JURI AWAM(20%) JURI TETAP(50%) MARKAH(100%) MARKAH TERKUMPUL
AINA 10 19 39 68 142
AZMIL 13 15 46 74 124
NADEERA 7 18 37 62 128

Mengekalkan format pemarkahan yang sama seperti musim-musim yang sebelumnya iaitu 30% dari undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS), 50% dari Juri Tetap, dan 20% dari Juri Awam. Para pencinta Mentor Legend boleh mengundi Protégé Mentor Legend dengan menaip MENTOR untuk satu undian atau MENTOR5 untuk lima undian diikuti dan hantar ke 33399. Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50. Contohnya MENTOR AZMIL dan hantar ke 33399.

Program Mentor Legend yang mengandungi 13 episod ini diterajui oleh penerbit eksekutif Muhamad Sufian Isa dan dibantu oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit. Kali ini, Mentor Legend menampilkan Awal Ashaari sebagai pengacara program, Shiha Mentor sebagai pengacara Jurnal Mentor Legend. Selain itu, Zuan Azmi (Bikin Panas) bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas. Musim ini turut mempersembahkan Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik, Azmeer sebagai Penasihat Vokal, dan Sazlan Mat Adnan sebagai Penasihat Persembahan.

Ikuti konsert mingguan Mentor Legend yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam hingga 10.30 malam. Penonton juga boleh saksikan sorotan persediaan dan aktiviti protege bersama mentor mereka melalui Jurnal Mentor Legend, setiap hari Ahad selama 30 minit bermula jam 6.00 petang pada 30 November. Untuk menonton siaran ulangan setiap program Mentor Legend, boleh didapati melalui portal video Tonton (www.tonton.com.my). Program ini juga mendapat sokongan Hot FM selaku radio rasmi, dan peminat setia Mentor Legend boleh mendapatkan informasi Mentor Legend melalui frekuensi radio 97.6 di sekitar Lembah Klang.

Azmil Bangkit Semula Demi Dayang Nurfaizah

Azmil Bangkit Semula Demi Dayang Nurfaizah

Azmil Bangkit Semula Demi Dayang Nurfaizah

Azmil Bangkit Semula Demi Dayang Nurfaizah

Azmil Bangkit Semula Demi Dayang Nurfaizah

Azmil Bangkit Semula Demi Dayang Nurfaizah

Azmil Bangkit Semula Demi Dayang Nurfaizah

Azmil Bangkit Semula Demi Dayang Nurfaizah

Azmil Bangkit Semula Demi Dayang Nurfaizah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau

Sinopsis & Trailer Filem CINTA DI KOTA RAJA