in , ,

Azmi Saat Tak Ambil Hati Gurauan Jihan Muse & Nabil di Gegar Vaganza

Penyanyi Caliph Buskers iaitu Azmi Saat berkata dia tidak tersinggung dengan gurauan pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jihan Muse dan Nabil Ahmad mengenai nama bapanya.

Memetik Harian Metro, Azmi berkata Jihan sudah pun memohon maaf namun dia berkata sensitiviti masyarakat perlu diambik kira agar tidak menyinggung mana-mana pihak.

“Waktu mula-mula Jihan cakap tu, saya berada di belakang pentas dan dapat merasakan impak di sebalik gurauan itu. Pernah terjadi sebelum ini apabila nama ayah dibawa main, maka terus jadi kecoh.

“Tapi dalam hati saya tiada rasa marah atau apa, sebab memang saya kenal Jihan. Malah, Jihan juga ada menghantar mesej kepada saya memohon maaf mengenai kesilapannya itu.

“Cuma kita perlu belajar juga, gurauan sebegitu memang sensitif dalam masyarakat kita. Malah, setiap orang bangga dengan nama ayah, jadi jika dibawa main, orang memang kurang suka,” katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata gurauan tersebut tidak masalah baginya kerana mereka kenal satu sama lain namun dia mengakui ramai yang kurang senang kecacatan orang dibuat main.

“Namun, memang saya tak boleh nafikan apabila terjadi pada umum, penerimaan orang ramai memang tidak suka OKU (Orang Kelainan Upaya) dipermainkan. Atau pun, rakan-rakan saya berkata kalaulah orang normal tu tahu macamana susah jadi OKU mesti tidak sampai hati nak bergurau begitu.

“Jadi ramai orang tidak gemar kecacatan orang dibuat main. Tapi sejujurnya saya sendiri, dengan orang-orang yang saya kenal memang tiada masalah cuma bergurau di tempat awam, pasti ramai tidak suka,” katanya.

Terdahulu, ketika konsert GV pada Ahad lalu, Nabil dan Jihan seolah mempersendakan nama bapa Azmi dengan menyebut berapa Saat diperlukan untuk satu minit. Malah, Jihan dan Nabil bertanyakan bagaimana Azmi datang ke program berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Single OST Filem MAR RAK Arahan Dato’ T. S. Jeffry

SHILA AMZAH

Shila Amzah ‘Halau’ Kekasih Adik Lelaki Keluar Dari Banglo Miliknya