in , ,

Azmi Saat Kembali dengan Single Terbaharu Sarat Emosi Berjudul Majnun

Setelah dua tahun tidak mengeluarkan karya, kini Azmi Saat membuat kemunculan semula dengan single terbaharu yang berjudul “Majnun”.

Karya ini menimbulkan tanda tanya, siapakah yang dimaksudkan dengan Majnun? Kepada siapakah single ini ditujukan, dan apakah yang telah dilalui oleh Azmi Saat sepanjang tempoh dua tahun ini?

Single “Majnun” oleh Azmi Saat mengisahkan tentang kepahitan seorang Majnun yang cintanya terhalang dari memiliki. Hanya bayangan dalam mimpi menjadi penghibur kerana cinta sejati tidak semestinya berakhir dengan memiliki.

Azmi Saat Kembali dengan Single Terbaharu Sarat Dengan Emosi Berjudul Majnun

Malah, tidak semua yang dimiliki itu dicintai. Walaupun perit, inilah keindahan cinta sejati, perasaan yang kekal dalam hati selamanya. Azmi menggambarkan emosi dan perasaan ini dengan mendalam dalam lagunya, mencuba sebaik mungkin untuk menyatu dengan perasaan dan emosi bagi menyampaikan penceritaan yang menambat sanubari pendengar.

Sepanjang penghasilan “Majnun”, Azmi Saat mencurahkan segala emosinya, berusaha untuk menyampaikan mesej yang tulus dan mendalam kepada para pendengar. Proses kreatif ini menjadi refleksi perjalanan peribadinya, di mana dia berkongsi perasaan dan pengalaman yang membentuk lagu ini.

Azmi Saat Kembali dengan Single Terbaharu Sarat Dengan Emosi Berjudul Majnun

Single “Majnun” oleh Azmi Saat telah dilancarkan pada 19 Julai yang lalu pada jam 5 petang, dan ia akan ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC. Selain itu, lagu ini juga boleh dimainkan dan didengari melalui pelbagai aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok, dan YouTube Music. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menikmati karya terbaharu daripada Azmi Saat ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kingdom of The Planet of The Apes Disiar di Disney+ Hotstar Mulai 2 Ogos

MIFFest Ke-7 Dengan Tema Uncaged Kini Berlangsung Mulai 21 hingga 28 Julai