in

Aziz Sattar Bakal Rujuk Bekas Isteri Selepas 9 Bulan Cerai

Seniman veteran, Datuk Aziz Sattar akui bakal rujuk bekas isterinya, Hashimah Delan kembali beberapa hari lagi, setelah 9 bulan mereka bercerai.

Dalam laporan akhbar Kosmo! hari ini, seniman kelahiran Surabaya, Indonesia yang berusia 87 tahun itu berkata beliau dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh kembali persefahaman.

DATUK AZIZ SATTAR & DATIN HASIMAH DELAN

Sehubungan itu dalam kenyataan beliau meminta semua pihak tidak membesar-besarkan isu tersebut kerana perselisihan di antara suami dan isteri merupakan asam garam rumah tangga.

“Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.

“Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” katanya kepada akhbar tabloid tersebut.

Aziz dan Hashimah melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember 2006 di Masjid Negeri Shah Alam.

aziz sattar satar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nyanyian Diandra Arjunaidi Hancur Bidas Kritikan Peminat

Siti Nurhaliza Mahu Kumpul RM100Ribu Bantu Kanak-Kanak Sakit Jantung