in , , ,

Aziz Harun & Bunga Menutup Lembaran Tahun 2020 Dengan DUA PULUH DUA PULUH

Sejak krisis kesihatan global bermula awal tahun ini, tahun 2020 disebut sebagai tahun paling mencabar buat seluruh penduduk dunia. Suasana ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19 memberi impak besar ke setiap lapisan masyarakat.

Apatah lagi bila pandemik COVID-19 sudah memasuki tahap gelombang ketiga dengan jumlah kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 69 juta kes. Hampir tiba ke penghujung tahun 2020, sudah pasti ramai menantikan krisis kesihatan global ini cepat berakhir. Malah ada yang berharap, tahun baharu 2021 menjanjikan kehidupan pasca-pandemik COVID-19 yang lebih baik. Mungkin itulah yang cuba disampaikan oleh penyanyi Aziz Harun dan Bunga menerusi single kolaborasi pertama mereka, “DUA PULUH DUA PULUH”.

DUA PULUH DUA PULUH - AZIZ HARUN & BUNGA

Single terbitan Faithful Music dan edaran Warner Music Malaysia ini merupakan ciptaan bersama Romeo, Mage, Bunga dan Amzar Razqa. Sebelum ini Aziz pernah popular dengan lagu seperti ‘Senyum’, ‘Beautiful’, ‘Jangan’ dan ‘Kembali’. 

Manakala Bunga pula muncul dengan lagu bersama Amzar Sabri yang berjudul ‘300 SAAT’. ‘DUA PULUH DUA PULUH’ merupakan single ketiga Bunga pada tahun ini.

Menyifatkan single terbaharunya ini adalah manifestasi seninya dalam merumuskan norma kehidupan di tahun 2020, Aziz berkata, 

“Apa yang saya cuba sampaikan menerusi lagu ini adalah kesulitan dan keresahan yang kita semua alami di tahun 2020. Namun begitu, lagu ini turut cuba mengingatkan bahawa tetap ada hikmah disebalik dugaan ini.”

“Saya berharap dengan mengangkat isu semasa ini menjadikan lagu ini lebih dekat di hati pendengar. Apatah lagi bila kita bakal menyambut tahun baharu 2021 tidak lama lagi. Semoga lagu ini memberi semangat kepada pendengar untuk sabar menanti saat kehidupan kita semua kembali seperti biasa,”

– Bunga

Single â€œDUA PULUH DUA PULUH” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 11 DISEMBER 2020.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Comelnya Macam Anak Patung!” -Mata Kelabu Anak Emma Maembong Raih Pujian

Cliff Umar Juara Gegar Vaganza 2020 GV7