Azira atau nama sebenarnya, Azira Shafinaz Ramlan, 27, berkata, hubungannya dengan bekas kekasih berakhir bukan kerana orang ketiga, sebaliknya atas kerelaan bersama. Masing-masing ada haluan hidup berbeza. Jadi, itu jalan terbaik yang mereka pilih. Mungkin dah tiada jodoh. Ketentuan di tangan Tuhan, kan?
“Status saya sekarang single. Baru je putus cinta. Tiada orang ketiga atau bergaduh pun, tapi masing-masing memilih haluan. Itu yang terbaik.
“Tiada sebarang perselisihan faham, sebaliknya kami memutuskan untuk membuat haluan masing-masing.”
“Mungkin kami mahukan perkara yang berbeza, dia pun sangat menyokong dan memahami kehidupan dan kerjaya saya, cuma mungkin masa tak menentukan untuk kami bersama.
“Lagipun, kami belum terfikir untuk membawa hubungan itu ke fasa yang serius, jadi lebih baik kami fokus kepada kerjaya,”
– Azira Shafinaz
Sebelum ini, anggota kumpulan De Fam yang ditemui pada majlis sidang media Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 pernah memaklumkan mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, namun tarikhnya belum ditetapkan. Sekarang masih berkawan seperti biasa.
“Kami pun tidaklah bergaduh, masih juga berjumpa seperti biasa.
“Malah, baru-baru ini pun dia sendiri yang meraikan birthday ibu saya ketika saya tiada. Keluarga saya pun sudah anggap dia sebahagian daripada hidup kami,”
– Azira Shafinaz
Tambah Azira, hubungan mereka berdua masih baik dan jejaka itu sudah dianggap sebahagian daripada ahli keluarganya.
Menurut pelakon Villa Ghazara itu, dia belum bersedia untuk buka pintu hati untuk mana-mana lelaki buat masa ini sebab mahu fokus kepada kerjaya seni dulu.
“Sekarang belum masa yang sesuai untuk bercinta. Biar saya berehat daripada memikirkan soal peribadi.”
– Azira Shafinaz
Dalam perkembangan lain, De Fam juga bakal tampil dengan single keempat sedikit masa lagi.