Kadang-kadang kita yang baca dan mengikuti perkembangan Zarina Zainuddin anak beranak-anak sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa.
Terbaharu, salah seorang anak kembarnya iaitu Azil mengamuk dan bertindak kasar menggigit bahu dan kepala Zarina sehingga beliau menangis menahan sabar.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila beliau merampas surat khabar yang dibeli Azil.
“Hari ini saya bawa Azil makan lepas tu ke kilang. Balik dari kilang saya terus bawa Azil ke kedai gunting rambut tapi Azil mengamuk ajak pergi 7 Eleven.
“Saya tak nak, suami pun cakap jangan ikut kerenah Azil ini tapi dia terus berlari ke 7 Eleven Subang Jaya.
“Terjadi pergelutan apabila saya hanya ambil satu surat khabar, Azil serang saya, gigit kepala dan bahu saya. Saya cuba tenteramkan dia, pegang muka dia, tapi dia gigit tangan saya,”
– Zarina menerusi Instagram
Zarina akhirnya keluar dari 7 Eleven dan terus ke kereta sambil menangis.
Luahannya Zarina yang sedih mungkin bercampur dengan rasa sakit digigit anaknya mendapat perhatian rakan selebriti seperti Erra Fazira, Nad Zainal, Zara Zya, Shakila Koriri dan Sherry Ibrahim yang mendoakan ketabahannya membesarkan anak istimewa.