Azharina, bekas anak didik Julfekar kata dia pernah dicaci sebagai kacang lupakan kulit walaupun sebenarnya tidak pernah Azharina lupakan jasa Julfekar hingga ke hari ini.
Â
Nampaknya tragedi yang sama menimpa Farawahida apabila hubungan terputus dan Farawahida dikatakan hilang tanpa berita. Sehingga pengurus Fara dari syarikat rakamannya yang kelihatan selalu menemani Fara di event-event pun tidak tahu dan khabarnya selepas Farawahida menang dalam kategori Etnik Kreatif di AJL lalu, Fara katanya mahu pulang ke kampung. Selepas itu, langsung tidak ada khabar berita.
Azharina tidak tahu menahu tentang kes Fara dengan Julfekar. Dulu pun, Azharina dulu juga keluar dari syarikat Millenium Art Sdn. Bhd sebab mempertahankan hak dan pendiriannya sebagai seorang penyanyi.
Azharina tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak mahu mengulas panjang tentang kes ini.
Â