Segala kisah ini melatari drama yang turut dilakonkan oleh Zarynn Min, Leez Rosli dan Azura Sharil bertajuk Duda Du Di yang disiarkan pada 16 Oktober 2011, jam 10.00 pagi mengisi slot Panggung Ahad di TV1.
Babak-babak menarik telemovie ini bermula dengan memperkenalkan watak Adi yang dikenali sebagai “Di†dengan Budu atau nama timangan “Duâ€. Mereka masing-masing adalah duda yang tidak mempunyai anak. Mereka dipertemukan secara tidak sengaja sewaktu masing-masing telah selesai kes perbicaraan cerai mereka. Mereka berjumpa di sekitar kawasan mahkamah dalam keadaan masing-masing kekusutan kerana rumah tangga yg gagal diselamatkan. Dari situ, masing-masing menghulur salam perkenalan dan sekaligus menjadi rakan baik. Mereka kemudian mengambil keputusan untuk tinggal menyewa bersama.
Kedua-duanya memiliki kekurangan masing-masing yang akhirnya menyebabkan mereka bercerai dengan isteri mereka. Di, berasal dari Perak dan bekerja sebagai juru jual kedai kereta. Di seorang lelaki yang penyabar namun penyabar yang tak kena tempat. Itu adalah punca dia bercerai dengan isterinya kerana sering menjadi mangsa keegoan si isteri. Manakala Du pula berasal dari Kelantan. Nama timangannya itu disebabkan oleh dia yang suka makan budu. Du seorang lelaki periang dan banyak cakap namun tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadi punca penceraiannya kerana si isteri tidak dapat menerima kehidupan Du yang tidak mempunyai kerja.
Suatu hari, Di telah terpaut Hati pada seorang wanita bernama Zahara. Zahara seorang janda bekerjaya yang begitu berhati-hati untuk memilih jodoh setelah kegagalan rumahtangganya yang pertama. Salam perkenalan yang dihulurkan oleh Di telah disambut namun dia cuba menguji lelaki itu dengan caranya yang tersendiri.
Ketika itu juga Du berkenalan dengan Mila secara tidak sengaja. Du cuba menyelamatkan Mila daripada serangan teman lelakinya yang tidak puas hati dengan keegoan Mila. Du bertindak bagai seorang penyelamat dan masa berlalu hingga mereka terbuai di alam cinta.
Tanpa diduga, rupa-rupanya Mila teman serumah kepada Zahara. Mereka berkongsi cerita dan sepakat mengenakan Du dan Di. Namun kebenaran lebih besar terbongkar lagi apabila mereka mengetahui Mila janda kepada Du manakala Di pula duda kepada Mila.
Lalu bagaimanakah kesudahannya? Dapatkah mereka menerima takdir jodoh yang tentukan Allah untuk mereka?