Hafiz bagaimanapun enggan memperincikan punca keretakan hubungan antara mereka dan mendoakan yang terbaik buat pelakon Pujaan Hati Kanda itu. Terdahulu, status pertunangan mereka menjadi tanda-tanya apabila masing-masing sudah tidak berkongsi gambar bersama di laman sosial.
“Ya, kami sudah putus tunang. Keputusan itu berpunca daripada beberapa perkara yang saya rasa tidak patut untuk didedahkan buat masa sekarang.
“Saya anggap jodoh kami tertulis sampai di situ saja. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua, dan saya doakan yang terbaik untuk Azar juga,”
– Azar Azmi
Azar dan Hafiz bertunang pada 1 Disember tahun lalu dengan disaksikan ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja.
Pasangan itu merancang bertunang selama setahun dan majlis pernikahan dijangka berlangsung pada hujung tahun ini.
Hafiz memberitahu dirinya dan pelakon Maaf Tak Indah itu sudah tidak lagi saling berhubung satu sama lain.
Hafiz yang juga seorang bapa tunggal mengakui sudah bercerai dengan bekas isterinya sejak beberapa tahun lalu.
Beliau menepis dakwaan pihak tertentu yang kononnya Azar menjadi punca perceraian mereka.