in ,

Ayuh! Ini Cara Untuk Dapatkan Piza Hand-Crafted Pizza Hut Secara Percuma!

Ekoran kejayaan pelancaran Hand-Crafted San Francisco Style Pizza, Pizza Hut sekali lagi tampil memberi penghargaan dan kepelbagaian kepada rakyat Malaysia dengan satu lagi kempen istimewa. Anda mahu makan pizza secara percuma? Ini caranya!

PIZZA HUT Tampil dengan Kempen Istimewa, 200 piza Hand Crafted PERCUMA dan 50% Potongan Harga Sepanjang Oktober 2021. Ini adalah peluang yang dinantikan oleh semua penggemar Pizza. 

Untuk semua penggemar piza yang sudah jemu dengan menu pizza yang hambar, mereka kini boleh menikmati menu Hand-Crafted dari Pizza Hut dengan hanya menukarnya menggunakan kupon atau baucar diskaun yang mereka perolehi dari mana-mana restoran atau jenama piza.

Dengan menggunakan kupon / baucar diskaun ini, rakyat Malaysia kini dapat menikmati piza Hand-Crafted terbaharu secara percuma tanpa perlu membelinya.

Untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu kongsikan gambar kupon / baucar diskaun dari mana-mana jenama piza di media sosial dan tag dua (2) orang rakan anda dengan tanda pagar #PizzaHutMalaysia dan #NewHandcraftedPizza.

Rujuk kepada link untuk posting di FB:

https://www.facebook.com/pizzahutmalaysia/posts/10159361833789654

Ayuh! Ini Cara Untuk Dapatkan Piza Hand-Crafted Pizza Hut Secara Percuma!

Dua ratus (200) penyertaan terawal setiap hari akan menerima pizza Hand-Crafted secara percuma. Kempen ini akan berlangsung dari Selasa, 12 Oktober hingga 31 Oktober 2021.

Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia berkata,

“Inisiatif kempen istimewa ini adalah salah satu cara kami dalam mempelbagaikan menu pilihan citarasa piza yang sedia ada sekaligus memberi kelainan dan menarik minat dan membuka selera pelanggan kami.”

“Jika sebelum ini, anda hanya terbiasa dengan citarasa piza kerak jenis nipis, pastinya anda tidak mengetahui keenakkan kerak piza jenis baru. Kini, adalah masanya untuk mencuba pengalaman citarasa piza baru yang unik dan yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini –

Rasai melalui multisensori anda citarasa lembut dan ringan, garing di luar dan gebu di dalam,”

– Emily Chong
Ayuh! Ini Cara Untuk Dapatkan Piza Hand-Crafted Pizza Hut Secara Percuma!

“Kami percaya bahawa semua penggemar piza berhak mendapat yang terbaik, mempunyai pilihan dan tidak hanya merasai satu jenis menu piza, sedangkan mereka boleh membuat pilihan dan menikmati piza baharu kami ini secara percuma.

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menukar kupon / baucar diskaun ini, / mereka masih boleh mencuba pizza ini dengan diskaun sebanyak 50% sehingga 31 Oktober 2021,”

– Emily Chong

Hand Crafted San Francisco Style Pizza baharu ini telah dijual di kesemua 418 cawangan Pizza Hut di seluruh negara, melalui khidmat penghantaran atas talian dan juga khidmat bawa pulang dari www.pizzahut.com.my, Aplikasi Pizza Hut, GrabFood, Food Panda atau anda juga boleh datang ke mana-mana kedai Pizza Hut untuk khidmat dine-in atau bawa pulang.

Kerak inovatif ini boleh didapati dengan semua topping kegemaran anda, sama ada hidangan kombo atau ala carte. Pesan promo ini di www.pizzahut.com.my/order/promos

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Kedai Serbaneka Yang Berkembang Paling Pantas di Korea & Malaysia

iPad Mini Kini Sudah Dijual di Malaysia, Harga Bermula RM2,299