in

Ayuh Bangkit, Jangan Mengalah! Hikmah Di Sebalik Cabaran Pandemik Covid-19

Saban hari kita melihat dan mendengar pelbagai masalah yang dihadapi oleh orang sekeliling di dalam situasi pandemik Covid 19 yang semakin mencabar.

TV3 mengambil pendekatan untuk menyalurkan maklumat terkini dan sahih serta menyajikan perkongsian ilmiah daripada tokoh agama, pakar perubatan dan pakar motivasi untuk memberikan gambaran sebenar serta penjelasan yang dapat menolong penonton kami untuk membuat pilihan yang wajar.

Bermula hari esok, TV3 menyajikan topik-topik berkait-rapat dengan pandemik Covid 19 menerusi empat program, iaitu Tanyalah Ustaz, Zulhijjah Menggamit Rindu, Helo Doktor dan Majalah 3.

TANYALAH USTAZ – Sabtu, 10 Julai 2021, 6.30 pagi

JANGAN MENGALAH

Setiap kesukaran pasti diiringkan dengan kemudahan. Pasti ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini. Ada yang murung dan tertekan kerana diberhentikan kerja,  sedih, putus asa, buntu, tekanan mental dan terasa hidup ini telah hancur lantas membawa ke arah membunuh diri! Haruskah begitu? Ketahui bagaimana Allah menjawab segala keluh kesah ini dan pelbagai jalan keluar telah Allah tunjukkan menerusi 21 ayat-ayat dalam Al-Quran yang penuh hikmah dan luar biasa. Semuanya di dalam Tanyalah Ustaz istimewa bersama panel berpengalaman Ustaz Mohamad Zarifi Haji Mohamad Daud.

ZULHIJJAH MENGGAMIT RINDU – Mulai 11 Julai 2021 (Ahad), 4.00 petang

Setiap Isnin hingga Sabtu, 6.00 petang dan Setiap Ahad, 4.00 petang

Zulhijjah, merupakan bulan terakhir dalam kalendar Islam dan sentiasa di nanti-nantikan terutamanya bagi mereka yang dapat menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah Haji. Bulan ini juga dikenali umum sebagai bulan sambutan Hari Raya Haji atau Qurban. Namun situasi semasa pandemik Covid-19 yang membimbangkan di seluruh dunia, ramai yang terhalang mengerjakan rukun Islam ke-5 ini. Untuk mengurangkan kerinduan, Zulhijjah Menggamit Rindu ini bakal menemui anda bermula 1 Zulhijjah 1442 bersamaan 11 Julai 2021. Dokumentari 12 episod yang dibawakan oleh Tabung Haji ini bertujuan untuk mengubat kerinduan para jemaah kepada dua tanah suci melalui visual arkib dari Tabung Haji terutamanya menjelang hari-hari Tasyrik.

HELO DOKTOR – Ahad, 11 Julai 2021, 5.30 petang                                                                   

KESIHATAN MENTAL              

Sejak kebelakangan ini, masyarakat amat terkesan dan tertekan dengan ‘kerakusan’ pandemik yang terjadi. Setiap perubahan yang berlaku menyebabkan seseorang itu mengalami kebimbangan dan kemurungan. Menangani isu masalah mental bermula dengan mengetahui punca, tahap, dan mencari bantuan sokongan amatlah penting di kala pandemik ini. Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian! Kali ini, Helo Doktor menjemput Dr Muhammad Haniff bin Abdullah, seorang Penyelaras Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS), Hospital Selayang, dan juga Dr Rusni A. Ghani, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, yang merupakan seorang kaunselor untuk sama-sama membincangkan isu ini. Mari kita sama-sama hindarkan diri dari kebimbangan dan kemurungan. Dapatkan panduan, nasihat dan bantuan sokongan dalam menangani isu masalah mental di Malaysia.

MAJALAH 3 – Isnin, 12 Julai, 9.00 malam

MENJANGKAU SEHABIS DAYA

Majalah 3 pada 12 Julai 2021 akan secara eksklusif membuat liputan mengenai warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berjuang sehabis mungkin menangani penularan Covid-19. Diterajui Penerbit Eksekutif Gan Bock Khim, bersama wartawan Nor Izzati Lockman dan Nur Wanah Kiramli, liputan kali ini lebih ke arah menyelami tugas dan cabaran pasukan skuad mobil KKM di perkampungan Orang Asli Raub, Pahang. Kru Majalah 3 turut merakam kemudahan Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pandu lalu yang dikatakan pertama diadakan di dunia. 

Elemen lain adalah kisah petugas dapur dalam penyediaan makanan pesakit wabak Covid 19 di wad zon merah, Hospital Ampang. Penonton juga dibawa melihat lebih dekat peranan mereka yang bertugas di Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC), iaitu  ‘nadi utama’ penyelarasan dan pengumpulan statistik kebangsaaan  berkaitan perkembangan pandemik covid-19. 

Semoga dokumentari ini dapat memberi informasi kepada rakyat mengenai situasi terkini wabak maut itu dalam negara kita. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rupanya Lima Bulan Ambil Syabu, Netizen Perasan Wajah Nia Ramadhani Cengkung & Pucat

Senarai Pilihan Filem Luar Negara Menarik Yang Disiarkan di TV2