in , ,

Ayu Damit Tak Kedekut, Akui Belanja RM10,000 Sebulan Semata Mahu Cantik

Tak kedekut dalam menjaga penampilan, penyanyi Ayu Damit berkata dia sanggup berbelanja besar bagi mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran.

Menurut bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh ini, dia memperuntukkan perbelanjaan lebih RM10,000 sebulan bagi penjagaan diri daripada hujung rambut hingga kaki.

“Sebagai artis memang perlu jaga kesihatan dan kecantikan..selain persembahan pentas, saya juga agak sibuk dengan aktiviti di ladang yang memerlukan tenaga dan terdedah dengan sinaran matahari, sebabitu perlu ambil berat tentang penampilan.

“Kalau ikutkan sebulan lebih RM10,000 untuk rawatan muka termasuklah pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya. Itu termasuklah nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan, Alhamdullilah,” katanya.

Bersyukur kerana memiliki kulit yang sihat tanpa masalah, Ayu berkata dia tidak berminat untuk mendapatkan kulit putih seperti segelintir wanita lain.

“Saya buat rawatan wajah di klinik sebab nak dapat kulit sihat bukan nak mengubah apa-apa. Saya amalkan vitamin C dan makanan tambahan, saya nak kulit putih.

“Biarlah kulit tan macam ni sebab memang daripada dahulu warna kulit saya begini, jadi tak mahulah ubah sampai jadi rupa orang lain pula! Saya yakin dengan warna kulit ini kerana bagi saya kecantikan itu subjektif,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Janna Nick Tersasul Sebut Nama ‘Lisa’ Ketika Promosi Filem SELAMAT HARI TAK JADI di MeleTop

Lelaki Hantar Gambar ‘Siput Sedut’ Melalui DM, Fatin Afeefa Buat Laporan Polis