Pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Perkara tersebut diumumkan pasangan berkenaan menerusi siaran di saluran YouTube Channel Wuvvshow pagi ini.
“Kepada kawan-kawan, family dan juga peminat, minta doakan yang terbaik untuk kita berdua,” ujar Ayda.
Lebih menarik, dalam video yang ditayangkan itu juga, terdapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan kepada pasangan tersebut.
Nabil, setelah memikirkan beberapa tarikh bersesuaian, mereka sepakat memilih 1 Januari kerana lebih mudah untuk diingati.
“Ini adalah pengumuman majlis perkahwinan kami iaitu pada 1 Januari 2021.
“Saya pilih tarikh kahwin paling senang nak ingat… mulanya saya dah bagi beberapa tarikh tapi Ayda macam bagi cadangan lain sebab dia mungkin tak ingat date nanti.
“Kami harapkan keluarga, kawan-kawan dan peminat mendoakan yang terbaik untuk kami berdua,”
Nabil dan Ayda membuat pengumuman istimewa itu menerusi saluran YouTube mereka Wuvv Show pada pagi Sabtu.
Pada 28 April lalu, Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan secara atas talian selepas setahun menjalinkan hubungan istimewa.
Selain mengumumkan tarikh pernikahan mereka, video BilAydaJatuhCinta yang dimuat naik di saluran YouTube itu juga turut mendedahkan tentang perkenalan mereka.
Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat