Pelakon Ayda Jebat kini menjadi perbualan hangat netizen apabila dikatakan sudah berbadan dua. Ayda Jebat yang telah melangsungkan perkahwinan dengan Nabil Mahir pada 1 Januari lalu dikhabarkan bakal menimang cahaya mata pertama.
Desas desus ini bermula apabila Ayda dikatakan telah berjumpa pakar perbidanan dan sakit puan di Pusat Perubatan Prince Court untuk melakukan pemeriksaan. Pada masa yang sama, beberapa sumber terdekat turut mengesahkan berita kehamilannya walaupun tidak didedahkan usia kandungannya.
Walau bagaimanapun, sumber memberitahu pasangan ini masih belum bersedia untuk mengumumkan berita gembira ini. Ditambah pula dengan usia kandungan yang masih lagi di dalam fasa awal kehamilan. Pastinya Ayda dan Nabil mahukan yang terbaik.
Selain itu, tweet Ayda pada awal bulan lalu juga menguatkan lagi spekulasi kehamilan ini. Di dalam tweet tersebut, Ayda meluahkan kesyukurannya dengan rezeki yang diterima walaupun tidak mendedahkan lebih lanjut ianya mengenai apa.
Tweet ini kemudiannya mencetuskan spekulasi yang Ayda Jebat hamil dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan menyangka pelakon itu sudah berbadan dua. Selain Ayda, Nabil sebelum ini ada memuat naik video reaksi mendengar perut Ayda di Instagram Story miliknya.
Seolah-olah memberikan bayangan isterinya sedang hamil kini. Pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendirikan rumahtangga pada 1 Januari lalu di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. Pasangan ini juga pernah berkongsikan hasrat mahu memiliki 13 cahaya mata pada masa hadapan.
Apa-apa pun, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Ayda dan pasangan.