Memetik Harian Metro, Ayda Jebat berkongsikan pengalamannya tinggal sebumbung di mana dia sangat suka tinggal bersama mentua apatah lagi dia dan ibu mentuanya mempunyai perangai yang sama.
Menurut Ayda lagi, dia juga dihalang oleh ibu mentua jika dia mahu melakukan kerja rumah serta mengemas kerana mereka mempunyai pembantu.
“Saya memang sekepala dengan mak dia, perangai kami sama, tak masak. Mak mentua jenis tak kisah, kalau saya di dapur dia akan cakap, ‘buat apa di dapur ni’. Kalau nak kemas-kemas, dia cakap tak perlu, sebab pembantu pun ada. Mungkin orang lain pengalaman berbeza.
“Lagi pula, sebelum kahwin pun, Nabil cakap dia jenis ‘family person’. Saya suka dan okay saja. Saya punya keluarga bukan begitu, sebab habis belajar kan saya sudah duduk sendiri,†katanya.
– Ayda Jebat
Dalam pada itu, Ayda berkata dia teringin untuk menambah cahaya mata lagi apatah lagi anak sulungnya, Ana Nayla bakal berusia setahun tidak lama lagi.
“Saya bersedia saja bila-bila masa nak tambah anak. Kalau boleh nak sekarang. Bukan apa, saya dah lama tidak ‘shoot’. Dengan Ana Nayla pun dah hampir dua tahun berehat,”
– Ayda Jebat