Filem AYAT AYAT CINTA (AAC) pada tahun 2008 lalu tentu masih terkesan dalam hati peminat. Kini, selang hampir 10 tahun hadir kembali AYAT AYAT CINTA 2 dengan cerita dan konflik yang tentunya lebih menarik.
Baru-baru ini, Budiey sempat menemubual Fedi Nuril dan sempat bertanyakan tentang watak dan juga cabaran beliau membawa watak Fahri. Fedi menceritakan bagaimana kehidupan sosok Fahri di AYAT AYAT CINTA 2 setelah kehilangan isterinya, Aisha semasa Aisha menjadi sukarelawan di Sempadan Gaza.
“Menurut aku perbedaan di AAC pertama dia mencari jodohnya, yang kedua bisa dibilang sudah ada jodohnya tapi hilang. Dalam artian apakah dia harus menunggu karena hilangnya nggak jelas, apakah masih hidup, kalau pun sudah meninggal di mana jenazahnya kan nggak tahu. Apakah harus menunggu atau move on. Ini yang menjadi kebingungan dia.”
Fedi mengatakan banyak sekali perubahan pada karakter Fahri berbeza dengan 10 tahun lalu. Fahri sekarang sudah menjadi seorang pensyarah yang cukup baik dan digemari oleh pelajar. Fedi juga lebih matang dan lebih dewasa serta percaya kepada diri. Yang penting, Fahri sudah tidak malu-malu lagi ketika bertemu perempuan.
Bukan lagi soal percintaan saja, tapi dalam filem ini watak Fahri memberikan kita keinsafan kepada kita bahawa manusia harus berbuat kebaikan kepada sesama manusia tanpa mempedulikan asal usul, status sosial, agama dan sebagainya.
Isu yang dibangkitkan juga lebih bersifat antarabangsa di mana ia mengangkat isu Islamophobia di Eropah. Jiran Fahri yang berbeza agama budaya semua dia bantu tanpa mengira latar belakang agama. Walaupun ramai yang bermusuh dengan Fahri, dia tetap sabar membantu mereka. Itu dia perbezaan cerita dari AAC 1 dan 2. Kalau dulu hanya fokus di Mesir dan isu dalamnya. Nah, ini di Edinburgh, ada Malaysia juga, lebih luas lagi.
Yang menarik, apabila salah satu dialog dalam babak AYAT AYAT CINTA 2 telah menjadi viral dan dianggap ianya satu bahan ketawa penonton. Menurut Fedi, seharusnya babak tersebut menjadi babak yang sangat sedih. Namun, sukar dijangkakan penerimaan penonton dan sampai sekarang babak tersebut dibuat parodi dan trending di kalangan peminat filem di Indonesia.
Selain Fedi Nuril, filem yang diangkat dari novel laris karya Habiburrahman El Shirazy dan diarahkan oleh Guntur Soeharjanto itu juga menampilkan pelakon popular dan berbakat seperti Dewi Sandra, Tatjana Saphira, Chelsea Islan dan masih banyak lagi. Filem yang didistribut oleh Antenna Entertainments, diterbitkan MD Pictures dan diterbitkan oleh Manoj Punjabi ini akan diputar secara serentak di seluruh pawagam seluruh Malaysia mulai 11 Januari 2018.