in

AYAM LEJEN Festival Ayam Goreng Paling Epik Di Malaysia

Sepuluh peniaga ayam goreng paling hebat dengan keunikan masing-masing telah bersedia untuk menjamu peminat tegar ayam goreng di Malaysia

Atas permintaan hebat peminat, FriedChillies.com, laman web tentang makanan yang paling lama bertahan di Malaysia, akan menganjurkan semula AYAM LEJEN tahun ini – sebuah festival makanan yang mengenengahkan juadah yang begitu popular iaitu ayam goreng.

_POSTER Ayam Lejen 2018

Acara yang bakal berlangsung selama 2 hari itu pada 10 – 11 November 2018, sekali lagi menyaksikan Stesen LRT Ara Damansara LRT sebagai lokasi pilihan.

Tahun ini, pihak penganjur juga telah memilih sepuluh peniaga ayam goreng paling gempak dan digemari ramai (dikenali sebagai ‘Lejen’) dari sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor untuk menyediakan hidangan ayam goreng mereka yang begitu unik untuk dinikmati bersama juadah sampingan yang istimewa.

“Pada tahun lepas, seramai lapan orang peniaga telah kami jemput untuk mengambil bahagian dan sambutan yang diberikan peminat sangat memberangsangkan. Walaupun pada awalnya kami agak terkejut, namun jika difikirkan semula, rakyat Malaysia sememangnya amat dikenali dengan kecintaan mereka yang tinggi terhadap makanan. Kami memulakan acara ini sebagai platform kepada pengusaha makanan tempatan untuk memperkenalkan diri mereka kepada audiens yang baru. Dengan itu, kami menjemput semula beberapa hero ayam goreng yang telah berjaya mendapat reaksi paling positif tahun lepas. Namun begitu, untuk memeriahkan lagi suasana, kami telah menjemput lejen-lejen ayam goreng yang mempunyai peminat tegar mereka sendiri dan masih belum dikenali ramai untuk memberi persaingan kepada rakan-rakan peniaga mereka yang lain,” kata Adly Rizal, Ketua Pegawai Operasi, FriedChillies.

WAKKENTUT

Sebagai peringatan kepada semua, hanya 3,000 tiket akan diedarkan pada tahun ini (1,500 setiap hari) untuk mengekalkan eksklusiviti acara ini dan memastikan agar juadah ayam goreng yang dihidangkan kekal segar.

Selain daripada fakta bahawa ayam goreng lebih menyelerakan jika dimakan ketika masih panas, ramai juga yang tidak mengetahui tentang pelbagai cara lain ayam goreng boleh disediakan dan jenis-jenis ayam goreng yang terdapat di Malaysia.

Selama enam bulan, pihak FriedChillies.com telah mencuba lebih 50 jenis ayam goreng dalam pencarian yang terbaik di antara pelbagai jenis yang sedia ada seperti Ayam Goreng bersama Nasi Lemak, Ayam Goreng Korea, Wafel Ayam Goreng dan Ayam Goreng Belacan. Di antara lejen-lejen yang telah terpilih adalah KyoChon, Familia Fried Chicken Kg Baru, Kimberly Street Belacan Fried Chicken Penang, Wak Kentut Kulai Johor dan myBurgerlab.

“Kami menggalakkan pengunjung mencuba setiap sampel juadah ayam goreng, dan menikmati pengalaman cara-cara berlainan penyediaan ayam goreng. Dengan itu, pasangan atau juadah sampingan yang bakal mengiringi ayam goreng itu adalah sangat penting kerana ia perlu tepat dan serasi. Setiap peniaga mempunyai juadah sampingan atau sos istimewa yang mereka sediakan khas untuk dimakan bersama resipi ayam goreng ciptaan mereka, dan inilah yang memberikan mereka reputasi sebagai Lejen. Sebagaimana acara-acara kami yang lain, seperti I EAT Nasi Lemak dan I EAT Burger, acara ini adalah untuk meraikan perasaan cinta kita terhadap makanan, dan menikmatinya bersama rakan-rakan dan saudara-mara dibawah satu bumbung,” kata Honey Ahmad, pengasas bersama FriedChillies.com.

MBL

“Lejen-lejen yang dipilih ini telah banyak berjasa kepada para penggemar ayam goreng dan tidak banyak yang kita ketahui tentang segelintir dari mereka. Inilah masanya untuk kita memberikan sokongan terhadap hero-hero industri makanan negara. Tentunya anda semua tidak mahu ketinggalan!” kata Adly bersemangat.

Untuk maklumat lanjut tentang Ayam Lejen, jadual acara dan para peniaga yang mengambil bahagian, sila kunjungi www.friedchillies.com atau ikuti perkembangan mereka di Facebook dan Instagram di @friedchillies

Kyochon

FAMILIA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sleek & Stylish: The New HP ENVY x360 13

Astro & Les’ Copaque Perkasa Industri Animasi Tempatan