in , ,

Axiata & Celcom Mempersembahkan GETARAN PERTAMA

Sejarah pasukan Koir Merdeka dibawakan dalam filem pendek, mengingatkan rakyat Malaysia bahawa perpaduan merupakan asas keharmonian

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 62 negara ini, Kumpulan Axiata Berhad dan Celcom Axiata Berhad menekankan kembali semangat perpaduan, melalui filem pendek bertajuk ‘Getaran Pertama’. Filem tersebut mengisahkan perjalanan dalam pencarian pasukan koir pertama untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku’, iaitu lagu kebangsaan bagi Malaya yang bakal merdeka pada tahun 1957. Ia menyasarkan untuk menerapkan rasa bangga dalam meraikan kepelbagaian kaum dan keupayaan sebagai rakyat Malaysia yang menjadi sandaran dalam membolehkan negara baru ini meletakkan dirinya di pentas dunia.

Axiata & Celcom Mempersembahkan GETARAN PERTAMA
The new generation of the Merdeka Choir, singing their hearts out to the national anthem during the launch of Axiata Group Berhad and Celcom Axiata Berhad’s ‘Getaran Pertama’.

Berdasarkan kisah sebenar pada tahun 1957, filem ini memaparkan kembara Tan Sri Ahmad Merican, Penyelia Radio Malaya, dan Tony Fonseka, seorang guru muzik dan konduktor, apabila mereka menyahut cabaran untuk memenuhi hasrat besar lagi bersejarah daripada Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman, untuk melihat warga umum Malaya – tidak mengira bangsa, jantina, dan latar belakang membuat persembahan dalam koir nasional untuk menjadi simbol perpaduan sempena pengisytiharan kelahiran negara ini. 

Majlis pelancaran kempen Merdeka ‘Getaran Pertama’ tersbut dilaksanakan dengan menggunakan teknologi hologram kreatif, bagi membawa semula ‘Tony Fonseka’ yang mengarah koir generasi baru untuk mempersembahkan semula “Negaraku”, sebagaimana ia dilakukan oleh Koir Merdeka pada tahun 1957.  

Axiata & Celcom Mempersembahkan GETARAN PERTAMA
Tan Sri Jamaludin Ibrahim, President and Group Chief Executive Officer of Axiata Group Berhad (left), Yang Teramat Mulia Tunku Dato’ Datin Paduka Khadijah binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj (second from the left), Tan Sri Ahmad Merican, the former Supervisor of Radio Malaya (fourth from the left), Robert Fonseka, one of the first members of the Merdeka Choir (fifth from the left), and Idham Nawawi, Chief Executive Officer of Celcom Axiata (right) with Tan Sri Ahmad Merican’s family members at the premier of ‘Getaran Pertama’, a short film by Axiata and Celcom that relives the history of the Merdeka Choir.

Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad berkata,

“Malaysia telah melalui perjalanan yang jauh dalam meletakkan dirinya di rantau ini sebagai sebuah negara yang kaya dengan bakat, kapasiti, kreativiti dan industri, serta berdiri setanding dengan negara- negara di dunia yang paling produktif, berwawasan dan stabil.

Sebagai rakyat Malysia, kita bersyukur kerana sepanjang sejarah penubunhan negara ini, kita terus kekal sebagai negara yang harmoni dan bersatu, serta meraikan kepelbagaian budaya, agama, bangsa, dan kepercayaan.” 

“Axiata juga yang boleh dilihat sebagai sebuah syarikat yang masih muda, dan baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 kami.

Kami telah berkembang dengan kekuatan demi kekuatan sebagai sebuah syarikat Malaysia yang ikonik, dan berbangga mengibarkan bendera kita merentasi ASEAN dan Asia Selatan, memberikan prestasi yang kukuh dan bertanggungjawab menyumbang kepada operasi dan warga kerja kami.”

“Filem Axiata dan Celcom mengenai Koir Merdeka 1957 telah mencipta sejarah negara yang penting walaupun kurang diketahui ramai, dan kami berbangga untuk berkongsi kisah ini dengan rakyat Malaysia.”   

– Tan Sri Jamaludin Ibrahim

Manakala Idham Nawawi, Ketua Pegawai Celcom Axiata Berhad menyatakan bahawa filem ini merupakan hadiah untuk rakyat Malaysia, dan tanda ingatan kepada semua bahawa perpaduan dalam kepelbagaian merupakan asas penting bagi negara ini dan ianya telah dibina sejak sebelum kemerdekaan lagi.

Ia juga memberi sentiment yang hamper dengan Celcom, yang telah bersama membina negara ini lebih daripada 31 tahun sejak penubuhannya. 

Axiata & Celcom Mempersembahkan GETARAN PERTAMA

“Perjalanan Celcom bermula sebagai penyedia teknologi mudah alih pertama pada tahun 1988, dan kini kami memiliki rangkaian terluas dan liputan LTE paling luas di negara ini.

Kami terus berusaha untuk memastikan keterhubungan inklusif untuk semua rakyat Malaysia tanpa sempadan; daripada puncak tertinggi Gunung Kinabalu sehingga ke hutan yang begitu dalam di Maliau Basin.

Kami telah lama bersama-sama dnegan aspirasi Malaysia dalam penyatuan negara ini melalui teknologi dan inovasi digital. 

“Sejak bertahun-tahun, Celcom memainkan peranan yang penting sebagai asas dalam memajukan masyarakat kita.

Teras kejayaan kami selama ini adalah kepelbagaian dan dinamik di kalangan warga kami.

Kepelbagaian juga yang menjadikan negara ini begitu unik, dan melalui filem ini, kami menggabungkan teknologi dan sejarah untuk mengetengahkan semula impian kita untuk sebuah negara yang harmoni boleh dicapai walaupun terdapat perbezaan antara kita,”

– Idham Nawawi
Axiata & Celcom Mempersembahkan GETARAN PERTAMA
(L-R) Tan Sri Jamaludin Ibrahim, President and Group Chief Executive Officer of Axiata Group Berhad; Tan Sri Ahmad Merican, the former Supervisor of Radio Malaya, and Idham Nawawi, Chief Executive Officer of Celcom Axiata Berhad at the premier  of ‘Getaran Pertama’, a short film presented by Axiata and Celcom in conjunction of the nation’s 62nd Merdeka celebration

‘Getaran Pertama’ akan dipertontonkan kepada rakyat Malaysia mulai jam 12.00 malam, 28 Ogos 2019 melalui www.celcom.com.my.

Rakyat Malaysia juga akan dapat menontonnya di siaran elektronik, serta kesemua platform media sosial dan digital seperti televisyen tempatan, YouTubedan Facebook.

Di sepanjang sambutan Kemerdekaan, Axiata dan Celcom akan turut menjangkau komuniti di beberapa lokasi terpilih dengan aktiviti turun padang, di mana Pavilion Kuala Lumpur akan menjadi lokasi pertama.

Pada 30 Ogos 2019, mulai 6.00 petang sehingga 7.00 petang ‘Getaran Pertama’ dan persembahan koir tersebut akan dipaparkan di luar bangunan melalui layar terbesar di Malaysia.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert M. Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan Bakal Ubati Kerinduan Peminat

Raikan Merdeka 31 Ogos Ini di RTM