Penyanyi rock popular, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48 telah selamat berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, Syarifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, semalam.
Majlis akad nikah berlangsung sekitar jam 12.10 tengah hari di lokasi yang dirahsiakan atas permintaan penyanyi itu.
Dengan sekali lafaz, Awie sah bergelar suami kepada Syarifah Ladyana dan dilihat masing-masing menitiskan air mata selepas majlis akad berlangsung.
Awie & Sharifah Ladyana Selamat Bernikah Di Songkhla
Penyanyi rock Awie selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihannya Sharifah Ladyana Syed Samsuddin pada kira-kira 12.10 tengah hari pada Jumaat.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, bersama pasangannya itu bernikah di sebuah lokasi yang dirahsiakan yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.
Bagaimanapun mStar Online difahamkan, pernikahan itu berlangsung di Songkhla, Selatan Thailand.
Pada majlis berkenaan Awie memakai baju berwarna hitam dengan selempang dan tanjak berwarna kuning manakala pengantin perempuan mengayakan baju kebaya berwarna serupa.
Majlis resepsi pasangan berkenaan akan diadakan pada sebelah malam Jumaat di lokasi yang sama iaitu di sebuah kawasan pantai.
Awie meminta lokasi pernikahannya dirahsiakan kerana bimbang ada pihak-pihak yang akan melakukan sabotaj terhadap majlis bahagia beliau itu.
Penyanyi itu telah mengikat tali pertunangan dengan Sharifah Ladyana di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 3 Jun lalu.
Sebelum ini Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira Anuar pada 1998 dan bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurnaikan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 16, dan Puteri Aleefa Antasha, 14.
Selepas perkahwinan itu, Awie berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand dengan Rozana Misbun, 38, pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.
Pada 1 November 2014, Rozana dilaporkan berjaya mendapatkan tuntutan fasak secara taklik terhadap Awie dari pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla, Thailand.
Kes pengesahan perceraian mereka masih lagi berjalan di Mahkamah Syariah Shah Alam dekat sini.
Sumber: Mstar Online