Menurutnya, asas kepada pemilihan juri ialah penilaian setiap peserta dari minggu pertama hingga minggu terakhir.
Kalau kita melihat karakter yang dibawa oleh Shiha, pada saya dia menjiwai watak-watak itu sangat bagus dan baik.
Bukan nak kata Namie tak bagus tapi usaha yang dibawa oleh Shiha (CILI) sangat berjaya.
Saya melihat daripada mula MLS3 sehinggalah final, Shiha sangat konsisten dan berjaya mengembangkan watak dengan jayanya,” katanya pada sidang media program itu.
Pentas final MLS3 berlangsung sengit menyaksikan persaingan empat kumpulan iaitu UBI, CILI, BAHROY dan OOD.
UBI dan Cili bersaing hebat yang menyaksikan UBI bergelar juara. Bagaimanapun peminat agak hampa apabila Namie dari UBI gagal meraih gelaran yang menjadi milik Shiha itu.
Sementara itu, Namie menjelaskan dia tidak kecewa dengan apa yang berlaku kerana sudah mengikuti MLS dari musim pertama lagi.
“Saya tengok setiap kali pemilihan Superstar semuanya yang paling menonjol pada setiap minggu.
“Untuk saya sendiri, ada minggu saya jadi ‘feeder’ berbanding Shiha yang jadi killer setiap minggu.
“Jadi saya setuju dengan kenyataan Datuk Awie dan terima keputusan yang ada. Ia rezeki Shiha,” katanya.
Keputusan MLS3 menyaksikan kumpulan UBI muncul juara diikuti kumpulan CILI di tempat kedua.
Sementara BAHROY dan OOD masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.
Sumber: Harian Metro