Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majisteret Ampang di sini atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun, 36, pada 2 Jun lalu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, minta dibicarakan.
Awie dikatakan membelasah isterinya di rumah mereka di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, di sini.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan.
Mahkamah turut mengarahkan Awie membayar ikan jamin RM9,000 dengan dua orang penjamin.
Awie hadir di temani sekumpulan rakan-rakannya.