Lagenda muzik Rock Malaysia, Dato’ Awie atau lebih dikenali sebagai Awie, tampil dengan single terbaharunya berjudul Coretan Pilu pada minggu ini. Tentunya ramai yang menanti untuk mendengar suara rock penyanyi utama kumpulan Wings ini. Gabungan karyawan komposer dan penulis lirik muda iaitu Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya pastinya meruntun jiwa pendengar.
Lagu Coretan Pilu ini mengisahkan tentang seorang ayah yang rindukan belaian kasih sayang anak-anaknya. Lirik dan lagu yang meruntun jiwa ini telah menjadi soundtrack untuk drama Ayahanda arahan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar. Bait-bait lirik yang diilhamkan oleh dua karyawan muda ini dilihat dapat mencengkam perasaan penonton apatah lagi apabila melihat lakonan hebat seperti Jalil Hamid, Ogy Ahmad Daud dan Fikry Ibrahim.
Drama bersiri Ayahanda ini merupakan adaptasi daripada novel karya penulis tersohor, Allahyarham Azizi Hj Abdullah A.M.N yang diterbitkan pada 1997. Drama ini sesuai untuk tontonan sesisi keluarga kerana menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah kepada anak-anak serta kesetiaannya kepada agama. Ayahanda bakal bersua penonton TV3 pada setiap Rabu hingga Sabtu, 9.00 malam bermula 10 Julai 2021 ini.
Coretan Pilu edaran MonkeyBone ini telah dilancarkan di semua platform digital secara serentak mulai 9 Julai ini di Spotify, Apple Music, Itunes, KKBOX, Deezer, Joox dan Youtube Music. Audio Video Rasmi Coretan Pilu juga sudah boleh di tonton di laman Youtube MonkeyBone.
Lirik Coretan Pilu Nyanyian Awie.
AWIE – CORETAN PILU
Lagu: Ikhwan Fatana / Wan Saleh
Lirik: Ikhwan Fatana / Fedtri Yahya
Copyright Owner: Monkey Bone Records
Komposer/Lirik : Ikhwan Fatana, Wan Salleh, Fedtri Yahya
(Verse)
Tangan ini pernah menyentuh
Membelai wajahmu kasihku
Sedalamnya aku rasakan
Bahagia lalui dunia
(Pre Chorus)
Namun segala mula berubah
Diriku tak lagi kau hargai
Terdampar sunyi aku berserah
Diriku dihukum begini
(Chorus)
Mampukah aku menghamparkan
Hati untuk menerima semua
Dugaan yang telah menerpa
Menguji segala keringat
Ku yang bergelar ayah
(Bridge)
Andainya dicoretkan rasaku
Beratnya rindu terhadapmu
Kembalikan kasih yang masih tersimpan
Lupakan saja dendam ini