Selepas berpisah cara baik dengan kekasih, finalis Anugerah Juara Lagu ke-28, Awi Rafael dikaitkan dengan ramai wanita. Ada gosip mengatakan, Awi Rafael kerap berulang alik Kuala Lumpur – Jakarta kerana menjenguk teman wanita di Jakarta. Sebelum ini, Awi Rafael pernah digosipkan dengan penyanyi Shae.
[pullquote align=”right”]Untuk menjawab tentang gosip ini, Awi Rafael menerusi B*Pop Berita Harian telah menjelaskan kedudukan sebenar. Menurut Awi, dia di Jakarta adalah atas dasar kerja dan sibuk menguruskan perihal muzik, bukannya bertemu dengan mana-mana wanita.[/pullquote]
Buat masa ini, Awi Rafael masih solo dan tidak ada hubungan istimewa dengan mana-mana wanita. Awi berkata, jika dia ada hubungan dengan wanita, pasti sekarang dia akan memberitahu kepada wartawan. Namun, dia juga tetap akui dia jenis yang tak suka untuk berkongsi atau mengembar-gemburkan mengenai kekasih.
Awi juga turut mendedahkan, hubungannya dengan Sasha Saidin hanya kawan biasa.
Awi akui, sejak berpisah dengan kekasih, ramai wanita yang mahu mendekatinya. Tapi dia bukan jenis yang suka mengambil kesempatan dan tak mahu menggunakan kawan mereka dengan cara yang salah.
Terbaru, Awi Rafael akan bekerjasama dengan anggota kumpulan Samsons, Irfan untuk mencipta sebuah lagu. Lagu hasil kerjasama Warner Music Malaysia dan Warner Music Indonesia ini akan dirakam bulan depan dan sekarang ni masih belum ada tajuk.
Awi kini optimis dan bersemangat untuk masuk dan memeriahkan lagi industri muzik di Jakarta.
Dalam perkembangan lain, Awi baru sahaja selesai merakam dan menjalani pengambaran muzik video lagu Haus, sebuah lagu runut bunyi untuk filem Apokalips arahan Mamat Khalid. – Sumber: B*Pop Berita Harian